Skip to main content

Ini Punca Sebenar Adik Simen Abang Dalam Tong Air Di Kepala Batas

Bunuh, simen abang kerana pakai baju pemberian teman wanita
ALOR SETAR: Kejadian menggemparkan di mana seorang adik sanggup membunuh abangnya sendiri dipercayai berpunca daripada sehelai kemeja T.

Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak demikian selepas berang dengan tindakan mangsa yang memakai baju pemberian teman wanitanya.

Berlaku pergelutan yang menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat ditikam di belakang leher.

Dalam kejadian di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, dekat sini, suspek bertindak membunuh mangsa di rumah mereka dan kemudian menyembunyikan mayat di dalam tong air yang disimen.

Mayat mangsa Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, yang juga seorang duda ditemukan di dalam tong yang disimen itu pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata mayat mangsa dijumpai jam 7 pagi selepas pihaknya menahan suspek yang juga adik mangsa yang sedang tidur di rumah berkenaan.

Beliau berkata suspek ada menceritakan tentang apa yang berlaku kepada seorang lagi abangnya yang kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan tentang kejadian.

Sapii berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh pada petang Jumaat lalu sebelum mayatnya ditemukan hari ini.

Beliau berkata berikutan itu pihaknya merampas pelbagai barangan termasuk sebilah pisau dan kereta sorong yang digunakan untuk melakukan pembunuhan itu.

Mangsa tidak bekerja manakala suspek pula bekerja sebagai penjual ayam goreng.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut