Skip to main content

Takut Diapa-Apakan Di Lokap Lelaki, Polis Letak 'Mas Fatah' Dalam Lokap Wanita

Akhirnya polis Indonesia menempatkan Lucinta Luna dalam lokap wanita dengan alasan bagi mengelak penyanyi terbabit - yang lebih banyak menarik perhatian kerana kontroversi - dibuli.

Memetik kenyataan Pengarah Tahanan dan Bahan Bukti Polis Daerah Metro Jaya, Barnabas S Imam, Tempo melaporkan, antara aspek diberi pertimbangan oleh pihak berkuasa ialah keselamatan dan keselesaan Lucinta.

"Siapa pun tahanan yang dibawa masuk, polis wajib menjaga keselamatannya, sama ada dari segi fizikal maupun psikologi.

"Justeru untuk menghindarkan dia dibuli dan sebagainya, maka kali lakukan itu," katanya.

Menurut Barnabas, polis juga mendapati lokap lelaki di Metro Jaya sudah penuh.

"Kebetulan blok lelaki penuh, blok wanita pula masih longgar," katanya.

Lucinta - atau nama sebenarnya Muhammad Fatah - ditahan polis di sebuah apartmen di Jakarta Barat. Turut ditangkap ialah tiga individu lain yang kemudian dilaporkan akan menjadi saksi pendakwaan apabila kes itu dibicarakan.

Media Indonesia juga melaporkan Lucinta dikategorikan sebagai wanita dalam kad pengenalannya walaupun jantinya yang tertera pada pasportnya adalah lelaki.

Mengaku sudah 5 bulan

Ketua Pehubungan Awam Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus, juga berkata Lucinta ditempatkan dalam lokap wanita berdasarkan dokumen yang ada padanya.

"Ditahan di sel wanita, karena kad pengelanannya, kan," kata Yusri seperti dipetik Tribunnews hari ini.

Yusri juga memberitahu Lucinta akan didakwa selepas ujian menunjukkan dia positif mengambil dadah yang didakwa artis itu digunakan sebagai ubat penenang.

"Jika didapati bersalah, Lucinta boleh dipenjara selama empat tahun," katanya.

Sementara itu semasa Lucinta dibawa ke sidang media polis untuk diumumkan dia secara rasmi akan dituduh di mahkamah, sempat terdengar ada wartawan memanggil penyanyi lagu Bobo Di Mana itu dengan nama sebenarnya.

"Mas Fatah, ayo dong... agak majuan, Mas Fatah," kata seorang petugas media yang meminta Lucinta agar bergerak lebih ke depan untuk dapat dilihat wajahnya.

Mengenai pengambilan dadah, Yusri berkata, Lucinta, 30, mengaku sudah melakukan perbuatan itu sejak lima bulan lalu. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...