Skip to main content

Sudah Jadi Tanggungjawab Suami Beri Nafkah Kepada Isteri

Sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Itu merupakan fakta yang tak boleh dinafikan lagi.

Suami perlu tahu bahawa isteri mempunyai hak ke atas duit suami. Tidak salah jika isteri menggunakan duit suami untuk membeli barang keperluan diri mereka.

Jika anda membeli barang keperluan anda menggunakan duit sendiri, tak perlu memandang rendah kepada mereka yang mengharapkan dan bergantung kepada duit suami. Salahkah jika mereka menggunakan duit suami mereka sendiri?

Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin, dalam duit suami ada hak isteri. Tidak menjadi satu kesalahan jika isteri menggunakan duit suami untuk membeli barang dapur, barang kelengkapan rumah dan sebagainya.

“Semua suami beli, cubalah cari duit sendiri…!!”

Jadi trending kan guna kotak untuk sampaikan mesej…bila saya terbaca mesej di atas ni, terus saya fikir, “Adakah isteri yang mengharapkan duit suami itu, isteri yang tak guna? Adakah menghabiskan duit suami itu, satu kesalahan? Berdosakah isteri sekiranya dia tidak menyumbang apa-apa dalam bentuk kewangan kepada si suami?”

Biasalah, bila kita di tempat tersebut, kita mampu untuk membeli sesuatu dengan usaha kita sendiri, terus kita “memandang rendah” pada mereka yang mengharapkan dan bergantung
kepada DUIT SUAMI…

Mesej tu tak salah, tapi janganlah penyampaiannya seolah-olah MEMPERLEKEHKAN mereka yang tidak ada pendapatan…

Untuk pengetahuan kita semua, dalam duit suami, ada HAK ISTERI…antara 5 hak isteri dalam duit
suami ialah,

– Makan minum
– Tempat tinggal
– Pakaian
– Perubatan
– Duit belanja

BACA: Isteri, Moga Penat Awak, Sakit Awak, Akan Ada Ganjaran Pahala

Tidaklah menjadi satu kesalahan andai isteri menggunakan duit suami untuk beli barang dapur, beli kelengkapan rumah, beli baju, beli tudung, beli alat mekap dan sebagainya…dan tidak juga menjadi satu kesalahan jika setiap kali keluar makan, suami yang bayarkan…

Jangan anggap mereka yang menggunakan duit suami itu TIN KOSONG....

Ada surirumah sepenuh masa yang ada Master, yang ada Ijazah…Ada suri rumah sepenuh masa yang dahulunya pensyarah, jurutera, arkitek, pegawai dan sebagainya…Ada suri rumah sepenuh masa yang dulunya gaji 6k, 5k, 4k…Ada surirumah sepenuh masa yang dah travel merata di dalam negara dan di luar negara…

Dia tak kerja atau terpaksa berhenti kerja atas sebab tuntutan keluarga atau permintaan suami… Dia meletakkan perkara itu melebihi hal-hal duniawi…Dia mengutamakan kehendak dan kemahuan org lain melebihi kehendak dan kemahuan sendiri…

Apa yang suami sediakan, dia pakai…apa yang suami beli, dia makan…apa yang suami bagi, dia guna…hidup seadanya ikut kemampuan suami…tak mengeluh, tak merungut…

Bukan biasa-biasa PENGORBANANNYA itu…

Tak hina jika menjadi seorang isteri yang hanya tahu menghabiskan duit suaminya…tak rendah martabat dan harga diri seorang isteri yang mengharapkan duit suaminya…

Itu adalah HAK seorang isteri ke atas duit suami dan dia menggunakan apa yang dia BERHAK…

Kalau hari ini awk di luar sana merupakan seorang wanita bekerjaya, yang ada pendapatan tetap, beribu-ribu setiap bulan awak dapat, maka jangan sesekali anggap atau pandang rendah pada mereka yang tidak berada di tempat anda…

Rezeki masing-masing tak sama…awak lebih pada duit, dia yang takde duit lebih pada masa dengan keluarga…

In the end, hanya mereka yang menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada itulah mereka yang bahagia dan gembira…

Renung-renungkan…

Nota kaki : Selagi dia tak guna duit suami awak, maka biar je la eh…Suami dia ok ja isteri dia guna duit dia, awak jangan lebih sudu dari kuah plak…

Sumber: Firdaus Shakirin

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...