Penegasan itu dibuat di tengah-tengah kontroversi sains dan matematik dikatakan akan diajar semula dalam bahasa Inggeris di sekolah.
“Saya Melayu. Saya sayang kepada bangsa dan bahasa Melayu,” kata pemangku menteri pendidikan.
Bagaimanapun, bercakap dalam majlis amanat dan aspirasinya bersama warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini, Mahathir berkata, kemajuan bangsa juga harus dipertimbangkan.
“Sebenarnya jika sayang kepada bangsa, utamakan kejayaan sebagai satu bangsa dan kemajuannya lebih dari hanya kegunaan bahasa sendiri sahaja.
“Fikirlah baik-baik. Pepatah berkata sayang anak, tangan-tangankan, sayang isteri, tinggal-tingalkan."
“Sayang bangsa utamakan kejayaan bersaing lebih dari hanya bertutur kata dalam bahasa sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berkaitan kepentingan bahasa Inggeris sebagai platform penyaluran ilmu pengetahuan dan sains. - Malaysiakini