Skip to main content

Sajat Ke Tanah Suci Gunakan Visa Sebagai Lelaki

KUALA LUMPUR: Susulan kontroversi yang dicetuskan oleh usahawan kosmetik, Sajat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, pengasas agensi pelancongan Albayt Travel (M) Sdn Bhd., Sofwan Che Seman akan menemui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof petang ini.

Menurut Sofwan, beliau telah diundang untuk menemui Mujahid bagi memberi penjelasan berhubung kronologi pemergian Sajat ke Tanah Suci menerusi pakej yang diuruskan syarikatnya.

Kata Sofwan, dalam pertemuan itu, beliau akan mendapatkan pandangan daripada Mujahid bagaimana isu berkenaan dapat diselesaikan.

"Saya akan berkongsi dengan Datuk Seri Mujahid proses yang kami lakukan seperti kelazimannya dalam menguruskan jemaah ke Tanah Suci.

"Mengenai isu Sajat, saya akan maklumkan bahawa kami telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa," kata Sofwan kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Mujahid menyatakan rasa kesal bagi pihak kerajaan dengan tindakan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzaman yang bertelekung serta menjalani ibadah umrah seperti wanita.

Tindakan sedemikian, kata Mujahid, telah mencemarkan imej Islam dan hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

"Saya kesal dengan tindakannya, sudahlah itu dipaparkan pula di Instagram seolah-olah bukan kesalahan," katanya kepada pemberita selepas townhall Maqasid Syariah di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Sofwan berkata, sepanjang pengetahuannya, Sajat berlepas ke Tanah Suci menggunakan visa beliau sebagai lelaki.

Justeru, apabila Sajat memuat naik hantaran di laman sosial dengan mengenakan telekung dan berpurdah, Sofwan sangat terkejut dengan tindakan yang dibuat usahawan kosmetik itu.

Dalama masa sama, Sofwan berkata, beliau juga sudah menemui wakil Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Wisma Putra bagi menyampaikan laporan lengkap mengenai kontroversi ini. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...