Skip to main content

Luluh Hati Lihat Bayi Ditinggal Sendirian Maut Terbakar 😭😭😭

TAMPIN - Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan ditemui maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bangkahulu, Gemas di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.38 pagi itu, Siti Nur Aini Zulimi ditemui meninggal dunia dengan keadaan melecur 30 peratus dalam buaian elektrik di ruang tamu rumah terbabit.

Ketua Balai Bomba Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata, ketika kejadian, bayi berkenaan tinggal berseorangan di rumah berkenaan selepas ibunya pergi ke pekan Gemas.

“Ibu bayi itu ada urusan di bandar dan meninggalkan pesan kepada jirannya untuk membantu melihat anaknya jika menangis.

“Bomba terima panggilan daripada seorang penjual ikan yang memaklumkan berlaku kebakaran di rumah mangsa apabila ternampak kepulan asap,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba Gemas dan Gemencheh berserta 16 anggota ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran yang berlaku di ruang tamu rumah itu daripada merebak yang hanya menyebabkan kemusnahan 60 peratus.

“Sebaik api berjaya dipadamkan seorang bayi perempuan ditemui sudah meninggal dunia dengan keadaan badannya melecur 30 peratus di dalam buaian di ruang tamu.

“Namun punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Ahmad Pilus Zainal mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dilakukan.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada kejadian berlaku mempunyai unsur khianat atau bencana.

“Hasil temubual dengan ibu bayi itu, dia keluar rumah lebih kurang jam 10.30 pagi untuk ke pejabat pos dan hanya mengetahui rumahnya terbakar apabila dihubungi jiran.

“Suaminya pula sedang bertugas di Kem Tentera Syed Sirajuddin, Gemas,” katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...