Skip to main content

Cara Untuk Hindari Ganguan Setan Dirumah

Setan adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang telah berjanji akan menggoda dan menyesatkan manusia. Setan mengerahkan segala kemampuannya untuk menyesatkan manusia dengan berbagai cara agar manusia terjerumus ke dalam api neraka sebagai teman setan.

Ada beberapa cara untuk menghindari godaan setan yang terkutuk, salah satunya iaitu dengan membaca bacaan Al-Qur’an. Surah apa yang dapat menghindarkan kita dari godaan setan?

Al-Qur’an merupakan kumpulan firman Allah SWT sebagai pedoman hidup manusia dan ternyata ada beberapa surat dalam kitab suci ini yang dapat digunakan untuk mengusir setan yang selalu menggoda manusia agar terjerumus dalam lembah dosa.

Dalam hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad telah diceritakan bahawa pada malam hari yang sangat gelap dan turun hujan, para sahabat keluar untuk mencari Rasulullah untuk menjadi imam dalam solat.

Setelah berjumpa dengan beliau akhirnya Nabi menyerukan kepada para sahabat untuk membaca surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang hari. 

Jika seseorang membaca kedua surah ini di pagi dan petang hari maka Allah akan mencukupi segala sesuatu dalam kehidupannya serta Allah akan menjaganya dari segala tipu daya setan yang dapat menyesatkan manusia, inilah bacaan pengusir jin dan setan yang dapat kita amalkan.

Ternyata tidak hanya surah Al-Falaq dan An-Nas saja yang dapat mengusir setan yang dapat menggoda kita tetapi dalam Al-Qur’an juga masih terdapat beberapa surah yang dapat digunakan untuk melindungi diri dari setan. 

Berdasarkan hadis Nabi yang telah diriwayatkan oleh Muttafa’ bahwa Rasulullah telah menjelaskan jika seseorang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah dengan tulus maka Allah akan mencukupi segala sesuatu dari kehidupannya.

Makna dari kata mencukupi dalam hadis tersebut terdapat beberapa perbezaan pendapat dari para ulama. 

Sebagian ulama mengartikan kata mencukupi sebagai mencukupi seseorang dari solat malam, sedangkan ulama lainnya berpendapat bahawa kata mencukupi bererti Allah akan mencukupi seseorang dari semua kejahatan setan yang selalu mengintainya.

Ayat alquran pengusir setan dan jin ini juga semakin dikuatkan dengan hadis Nabi yang menerangkan bahwa sebelum langit dan bumi diciptakan, Allah SWT telah menurunkan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah dan jika seseorang membaca dua ayat tersebut dalam rumahnya maka setan tidak kan mampu untuk mendekatinya hingga tiga malam. 

Dua ayat ini merupakan ayat yang dapat melindungi kita dari godaan dan tipu daya setan yang dapat menjerumuskan manusia kedalam kegelapan.

Sebagai seorang muslim hendaknya mengamalkan ketiga surah itu di waktu pagi dan petang hari kerana Allah akan menjaga kita dari gangguan setan yang dapat menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Surah Al-Falaq, An-Nas, dan dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah merupakan doa pengusir setan dan jin yang dapat membentengi diri kita dari bahaya setan yang dapat merosak keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. 

Setan tidak hanya menggoda kita dari luar saja tetapi juga dapat membisikkan tipu daya melalui hati manusia sehingga banyak diantara kita yang terjerumus dalam jebakan setan.

Tidak hanya dengan mangamalkan ketiga surah di atas saja kita dapat terhindar dari godaan setan, kita juga harus memperbaiki kualiti keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan selalu meningkatkan ibadah dan menjauhi hal-hal yang dapat menjerumuskan kita ke dalam dosa.

Demikian informasi 3 surah dalam Al-Qur’an yaitu Al-Falaq, An-Nas, dan 2 ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah, bacalah! setan tidak akan masuk ke rumah anda. 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...