Skip to main content

Acu Pistol Ketika Minta Sedekah, Kanak-Knak Ini Ditahan Polis

LAHAD DATU: Padah meminta sedekah seraya mengacukan pistol mainan, seorang kanak-kanak palauh lelaki bersama 14 individu lain ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Mereka ditahan dalam operasi cantas di kawasan lampu isyarat Taman Aman Jaya dan Bandar Sri Perdana kira-kira pukul 10.36 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, bertindak atas gambar yang tular di media sosial seorang kanak-kanak palauh tidak berbaju memegang pistol mainan ketika meminta sedekah, pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu pergi ke lokasi.

Kesemua 15 yang ditahan itu berusia antara enam bulan hingga 31 tahun.

"Siasatan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Daripada kesemua tahanan itu, 11 daripadanya adalah kanak-kanak," katanya dalam kenyataan.

Menurut Nasri, siasatan polis mendapati senjata yang dipegang kanak-kanak itu ketika meminta sedekah merupakan pistol mainan yang diberi ibunya untuk bermain dengan kanak-kanak lain.

"Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut