Skip to main content

Amy Kongsi Kisah Seludup Akhbar Jawi Ke Singapura

Vokalis kumpulan rock legenda, Amy Search berkongsi pengalaman pernah 'menyeludup' akhbar bertulisan Jawi ke Singapura, ketika zaman persekolahan.

Ujar vokalis kumpulan Search itu, pada tahun 1971 dia menetap di Sembawang, Singapura bersama keluarganya tetapi bersekolah menengah di Sek Men Dato Jaffar, Johor Bahru.

Mengimbas kenangan pada zaman itu, Amy berkata dia dan rakan-rakan akan menaiki bas sampai ke Woodland, Singapura dan berjalan kaki dari Tambak Johor sampai ke sekolah.

Pada masa itu, kata Amy, arwah bapanya akan berpesan supaya membelikan akhbar Jawi di Johor Bahru, yang diharamkan dibawa masuk oleh kerajaan Singapura.

"Arwah ayah aku selalu akan pesan beli surat khabar Jawi.

"Surat khabar Jawi ni Singapura haramkan dan tak dibenarkan bawa masuk. Jadi aku smuggle (seludup) selitkan dalam buku teks aku. Beranilah juga aku demi untuk ayah aku yang tercinta.

"Diharamkan sebab gomen (kerajaan) Singapura takut kalau ada penulisan yang menghasut atau sewaktu dengannya. Lagipun diorang (kerajaan Singapura) pun memang tak reti nak baca Jawi ni. Isu politikus," kongsinya di laman Instagram.

Baca akhbar Jawi dalam kapal terbang

Bagi Amy, untuk orang Johor membaca Jawi merupakan perkara lumrah seperti membaca akhbar bertulisan rumi, malah di sekolah agama juga diajar menulis dalam Jawi.

"Untuk aku tulisan Jawi tu dah kira sebahagian budaya kita juga.

"Ada satu peristiwa, masa tu dalam flight nak baca surat khabar tapi yang tinggal surat khabar Jawi.

"Pramugara bagi aku surat khabar Jawi sambil senyum sebab dia ingat mesti aku tengok gambar je la kan, tak reti baca Jawi. Hihihi lu apa barang. Ini bukan sembarang barang.

"Ini barang Bakobatu (Bakar Batu) tau. Budak Joho ok. Makcik sebelah pun tanya aku, 'Amy reti ke baca Jawi'. Aku jawab reti tapi laju macam kapal terbang ni. Hidup Jawi sebab Jawi itu sebahagian hidup kita," kata anak jati kelahiran Bakar Batu, Johor itu.

Selain itu Amy juga bercerita mengenai kisahnya berulang alik dari Singapura ke Johor melalui Tambak Johor, yang sentiasa sesak.

"Cerita causeway jem memang dah berzaman dari dulu sampai sekarang pun masih macam tu juga. Ia dah kira macam culture (budaya)," kata Amy yang turut berkongsi gambar kenangan ketika zaman berkenaan.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...