Video: Pemimpin PH Lebih Lawak Dari Saya - Shahrol Shiro

Bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN), pelawak dan pelakon Shahrol Shiro tidak melepaskan peluang hadir ke Kimanis.

Walau tidak memaklumkan sebab kedatangannya, namun umum sedia maklum, pelakon filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” merupakan penyokong kuat Umno.

Dalam satu ceramahnya pada Jumaat lalu di Kimanis, Shahrol menempelak menteri-menteri PH.

"Ramai tanya saya, Shahrol dah tak melawak lagi ke?

"Saya minta maaf saya tak boleh cari makan kerana pemimpin PH lebih lawak dari saya," katanya.

PRK Kimanis diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman ketika PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menjadikan ia PRK ke-10 selepas PRU-14. - Malaysiakini