Powered by Blogger.

Thursday, January 2, 2020

Video: Kecoh! Peniaga Uptown Danau Kota Berang Dengan Ahli Parlimen

Keadaan juga menjadi kecoh sekitar jam 3.30 petang apabila Anggota Parlimen Wangsa Maju Tan Yee Kew sendiri turun membuat lawatan ke tapak baru tersebut, menyebabkan beliau dikerumuni mereka yang hadir.

Tan ketika bercakap kepada pemberita mendakwa semua yang hadir dalam bantahan itu merupakan “orang luar”, menyebabkan sebahagian peniaga di situ mengeluarkan perkataan kesat terhadap beliau.

Sebelum ini, DBKL mengeluarkan notis mengarahkan peniaga di situ untuk berpindah dan mengosongkan tapak mulai 30 Oktober 2019.

Namun ada beberapa peniaga masih ingkar dan berniaga di tapak tersebut. - Malaysiakini