20 Tahun Simpan, Burger McDonald's Ini Masih Elok

UTAH - Seorang lelaki dari Utah, Amerika Syarikat yang membeli sebiji burger McDonald's lebih 20 tahun lalu untuk tujuan penyampaian ringkas berkaitan enzim mendakwa burger tersebut masih 'tidak berubah'.

David Whipple membeli burger tersebut di sebuah cawangan McDonald's di Logan, Utah pada 7 Julai 1999.

Menurut Whipple, dia terlupa burger tersebut yang tersimpan dalam poket kotnya selama beberapa tahun sebelum menemuinya kembali pada tahun 2013.

Ia kemudian diletakkan dalam tin Big Mac selama enam tahun sebelum dikeluarkan semula pada minggu ini.

Whipple berkata, burger itu masih kelihatan sama seperti waktu dia membelinya namun kini ia berbau seperti kadbod. - Sinar Harian