Skip to main content

Wanita Jadi Tebusan Kejadian Rompakan Di Hong Leong Bank

IPOH: Seorang perompak bersenjatakan pistol menjadikan pelanggan wanita sebagai tebusan sebelum melarikan wang tunai RM28,000 dalam kejadian rompakan sebuah bank di Taman Silibin, di Ipoh pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki tersebut menyerbu masuk ke dalam bank dan mengacukan pistol ke arah pelanggan berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Zaihairul Idrus berkata, ketika kejadian, terdapat tiga orang pelanggan sahaja di dalam bank berkenaan.

Menurutnya, perompak itu yang memakai topi keledar berpenutup penuh menggunakan seorang pelanggan wanita berusia lingkungan 50-an sebagai tebusan sambil mengugut pekerja bank agar menyerahkan wang.

"Dengan menggunakan pelanggan sebagai tebusan untuk mengugut pekerja bank untuk memberi mereka duit, pihak bank telah memberi wang daripada kaunter sebanyak lebih kurang RM28,000 dan suspek terus melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, tiada sebarang tembakan dilepaskan, namun mangsa yang mengalami trauma telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapatkan rawatan.Menurut Zaihairul, penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek masuk ke dalam bank melalui pintu di bahagian mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta yang menunggu di luar bank.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...