Skip to main content

Video: 4 Hari Tak Makan, Cukup Tapi Nak Tambah Lagi


SHAH ALAM - Gelagat seorang individu yang berceloteh dengan seorang insan istimewa ketika membawanya makan menyentuh dan menghiburkan warga maya yang menontonnya.

Ragam mereka dikongsi oleh @MOFASAD di Twitternya yang memaparkan seorang kurang upaya (OKU) yang mengaku kenyang tetapi pada masa sama bersungguh meminta ditambahkan nasi.

Cukup ke tak cukup?” tanya seorang lelaki kepada pemuda OKU tersebut yang sedang menjamah sepinggan nasi bersama segelas air sirap.

“Cukup,” jawabnya sambil terangguk-angguk. Tak payah tambah lagi?. Nak.. nak,” jawabnya lagi. Eh cukup ke tak cukup?”

“Cukup. Dah cukup tak payah tambah lah. Nak tambaaah haha...Nak tambah nasi, empat hari tak makan,” kata lelaki OKU tersebut.

Antara reaksi netizen yang tersentuh dengan gelagat insan istimewa itu.

Perkongsian video yang berdurasi 1 minit itu meraih 158,900 tontonan, 10,500 ulang kicau.

Jawapan pemuda istimewa itu terhadap soalan perakam video berkenaan membuatkan netizen tersentuh.

"Orang hati mulia tidak pernah ada rasa tamak dalam diri, itu diajar oleh nabi kita walaupun masih lapar dia gentar nak cakap tak cukup, sebab dia bersyukur dgn rezeki ALLAH tapi dia lapar nak tambah sikit lagi," tulis @jebat_durhaka7 di Twitter.

@camillealterego pula memberitahu, "Cukup tapi nak lagi. Tak rasa dia sebenarnya macam segan ke nak mintak makanan lagi? Sebab tu dia kata cukup dan terselit juga sebenarnya dia rasa bersyukur sebab dapat makan. Empat hari tak makan tu,". - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...