Skip to main content

Yang Perempuan Ini Pandu Tak Bagi Saya Masuk Jalan, Lepas Itu Hon Sampai Sudah?



RAUB - "Alhamdulilah, selesai pertemuan empat mata. Kami saling mohon maaf dan selesaikan cara baik." Itu kata-kata seorang individu setelah klip video pergaduhannya dengan pengguna jalan raya tular di laman sosial, semalam.

Menerusi Twitter, @shazmiejo turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusan berkenaan.

"Yang baik datang daripada ALLAH, yang kurang juga daripada ALLAH atas kelemahan saya," katanya.

Semalam, @shazmiejo mendedahkan bagaimana pergaduhan itu berlaku hingga mengakibatkan kedua belah pihak saling pukul-memukul.

"Saya nak masuk jalan utama dari jalan simpang. Masa tu 'jammed'. Yang perempuan ini pandu tak bagi saya masuk jalan, lepas itu hon sampai sudah. Akhirnya saya mengalah, saya bagi dia masuk dan saya hon balik.

"Dia keluar kereta lepas itu cabut penutup tingkap saya. Dia tampar, saya sepak." katanya.

Sebelum ini, klip video durasi 43 saat dimuat naik pelayar Twitter @ikmalzaid mendapat perhatian netizen gara-gara pergaduhan yang menyebabkan kesesakan hingga encetuskan kemarahan pengguna jalan raya dari Raub ke Bentong.

Klip video mendapat lebih sejuta tontonan itu memaparkan pergaduhan antara dua individu yang pada asalnya sekadar bergaduh mulut, namun berlarutan apabila secara tiba-tiba, seorang wanita datang ke arah pemandu kereta Honda dan menamparnya.

Berang dengan tindakan wanita itu, pemandu kereta honda membalas dengan menendang wanita terbabit hingga mengakibatkan keadaan menjadi lebih tegang.

Terkejut dengan tindakan lelaki tersebut, suami wanita dan rakannya terus memukul lelaki itu hingga mengeruhkan keadaan.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya diselesaikan secara berhemah dan rata-rata netizen menyokong usaha sedemikian.

"Saya percaya pada peluang. Maafkan mereka. Selesai cara baik dah. Moga dipermudah urusan dua-dua pihak," kata @HermyRahim

Kata @Elyshatasha, "Minta maaf dekat pengguna jalan raya juga, kesian mereka nak kena tunggu kamu semua habis gaduh. Sudahlah penat hadap 'jam' bertambah pula gaduh tengah jalan."

@dancingpuppets3 memberitahu, "Memaafkan itu bukan mudah, sama dengan mengaku kalah tapi yang tampil ke depan untuk bersemuka itulah pemenang sebab setan akan kalah dengan sifat kasih, sayang dan pemaaf. Jangan terkesan sangat dengan sarung, sebab dalaman kita semua sama." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...