Skip to main content

"Saya Beri Masa 24 Jam" - Rakan Baik Bekas Isteri Da'i Farhan Bakal Kemukakan Saman!

Rakan baik kepada bekas isteri Da'i Farhan, Fatin Nurul Ain, Ches Al-Maliki menerusi kenyataan di Facebook memberitahu saman fitnah terhadapnya telah ditarik balik.

Kata Ches, maklumat itu telah disampaikan melalui keluarga namun menuntut agar pihak terbabit membuat kenyataan secara terbuka.

"Saman pada saya ditarik. Pihak yang mahu saman Ches Al-Maliki, telah memberikan mesej kepada ahli keluarganya dan katanya dah tarik saman yang dibuat.

"Mungkin mereka baru sedar, nak buka fail itu perlukan dollar. Takkan bayar RM10,000 kenari, dollar sudah licin.

"Saya tuntut pihak berkenaan membuat kenyataan secara terbuka tentang penarikan saman tersebut," tulisnya.

Selain itu, Ches memohon pihak berkenaan menghantar surat rasmi dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui tulisan dan video.

"Saya menuntut surat rasmi dan permohonan maaf dibuat secara terbuka melalui tulisan dan video seperti mana antum dengan penuh yakin mengumumkan bahawasanya saya telah membuat fitnah terhadap kalian.

"Saya memberikan masa 24 jam kepada pihak di sana untuk membuat tuntutan yang saya mahu, sekiranya gagal berbuat demikian peguam saya sudah bersedia untuk failkan saman pada pihak anda.

"24 jam dikira bermula pada 7.59 malam 9 Disember 2019. Jaga kata-katamu lepas ini," tambahnya.

Namun, Ches tidak menyatakan secara spesifik pihak yang dimaksudkannya berdasarkan kenyataan terbabit di Facebook.

Terdahulu, pendakwah bebas Da'i Farhan pernah mendedahkan seorang wanita yang didakwa rakan baik bekas isterinya telah menulis sepucuk surat terbuka berhubung kisah rumah tangganya.

Tindakan itu ekoran mahu membalas dendam dan tidak boleh menerima hakikat bekas isterinya hidup bermadu. - Astro Gempak
 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...