Skip to main content

Padah Berkahwan Dengan Isteri Orang

Gambar Hiasan
Tidak cukup dibelasah, seorang lelaki dikatakan turut diperas ugut sehingga kerugian kira-kira RM1,000, gara-gara berkawan dengan isteri orang.

Malahan, mangsa dikatakan turut dipaksa oleh suami rakan wanitanya itu untuk membuat pengakuan kononnya kedatangannya ke rumah kerana mahu merogol isterinya, dan suspek merakamkan video berkenaan.

Sumber berkata, kejadian bermula Jumaat lalu, apabila mangsa berusia 25 tahun diminta datang ke rumah wanita itu di daerah ini kira-kira jam 5 pagi.

Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa tidak menyangka suami wanita itu turut berada di rumah, lalu meminta maaf kerana berhubung dengan isterinya.

Sumber berkata, permohonan maaf mangsa kemudian dibalas dengan tindakan agresif suami wanita itu yang dikatakan bertindak mengikat tangan mangsa pada kerusi.

“Selepas mengikat mangsa, suspek bertambah agresif apabila mula menumbuk dan membelasah lelaki itu. Tidak cukup itu, suspek dikatakan turut meminta mangsa menyerahkan telefon bimbit dan beberapa barangan selain wang tunai RM50.

“Suspek kemudian turut mendesak mangsa menyerahkan wang RM200, namun mangsa enggan menyebabkan suspek memaksa lelaki itu membuat pengakuan kedatangannya ke rumah itu adalah untuk merogol isterinya dan merakamnya,” katanya.

Kata sumber, selepas dua hari, dia sekali lagi diperas ugut apabila suspek bersama dua rakan datang ke tempat kerjanya di sebuah restoran di sini, kira-kira jam 6 petang Isnin lalu dan meminta wang RM200.

“Mangsa hanya memberi RM45 dengan alasan tiada wang. Suspek meminta RM50 sekiranya mangsa mahu mendapatkan kembali beberapa barangan miliknya yang diambil suspek sebelum ini,” katanya.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatan dirinya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kelmarin bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...