Powered by Blogger.

Monday, December 9, 2019

Bekas Isteri Dedah Perkara Sebenar Punca Penceraian Dia Dan Ustaz Abdul Somad



Sedikit demi sedikit kisah di sebalik perceraian Abdul Somad Batubara Bakhtiar dengan Mellya Juniarti terkuak. Kali ini wanita terbabit memberikan bayangan bahawa lebih banyak maklumat akan didedahkannya tidak lama lagi.

Menggunakan media sosial, Mellya, 29, mengisyaratkan bahawa kegagalan rumah tangga mereka bukanlah disebabkan kesalahannya malah kehadiran orang ketiga.

Melalui hantaran di Instagram semalam Mellya memuat naik dua slaid dengan masing-masing memaparkan ceramah Abdul Somad mengenai nikah sirri (bernikah secara rahsia dan tak berdaftar), dan kata-kata berbahasa Inggeris bermaksud: "Hanya beberapa hari saja lagi hal yang lama tertangguh akan menjadi rasmi. Semoga Allah memperteguhkan ikatan kita, secara rasmi hingga ke syurga."

Dalam slaid pertama itu Abdul Somad, 42, mengingatkan wanita agar jangan mahu menerima seseorang lelaki melalui pernikahan rahsia.

"Jangan mahu nikah sirri, nanti kalau kau bercerai, tak bisa menuntut apa-apa kerana tidak ada hitam di putih (tidak ada hitam putih). Yang sudah terjadi, apa boleh buat, tahi kambing bulat-bulat. Hanya bisa melapor (membuat aduan) kepada pengadilan agama (mahkamah syariah) untuk dibuat akad baru, supaya ada suratnya. kalau tak ada suratnya jangan mahu!" kata Abdul Somad di majlis yang tidak diketahui lokasi dan waktunya.

Slain kedua itu pula hantaran seseorang yang disyaki wanita yang didakwa dinikahi Abdul Somad.

Mengiringi hantaran berkenaan Mellya menulis dengan kata-kata yang tidak jelas maksudnya namun dipercayai memberikan bayangan ia ditujukan kepada Abdul Somad.

"Bismillah, masya-Alah tabarakaAllah. Bersabarlah hati, takkan lama lagi. Dua tahun bukan waktu sebentar untuk menanti, dan ucapan tahniah pun mengiringi bertubi dari pencinta sejati, tanpa memikirkan hati yang tersakiti, dia yang terzalimi dibilang provokasi, sekalian saja bilang radikalisasi, ketika hak berbicara pun dilarang setelah ada klarifikasi. Untukmu hati yang berada diseberang negeri.

"Slide kedua kutipan hati di bio seorang yang ingin menjadi permaisuri yang menyalahkan wanita yang tak bisa dididik ini," katanya.

Pada 4 Dis lalu seorang peguam mewakili Abdul Somad menyatakan, pelbagai usaha dibuat oleh penceramah terbabit bagi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Antara langkah yang diambil mengikut saranan agama itu termasuklah memisahkan tempat tidur sehingga tidak lagi tinggal bersama.

"Ia berakhir dengan tahap berpisah tempat tinggal pada Mei 2016 sehingga sekarang," katanya dalam satu kenyataan video

Abdul Somad - atau lebih dikenali dengan inisial UAS - bernikah dengan Mellya Juniarti pada 20 Okt 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mizyan Haziq Abdullah.

Menurut Hassan Basri walaupun tidak lagi tinggal sebumbung Abdul Somad, 42, tetap memperuntukkan waktu - di sebalik kesibukannya berdakwah - untuk melayani Mizyan Haziq serta memberikan nafkah kepada Mellya, 29.

"Beliau tetap bertanggungjawab memberikan nafkah bulanan dan kemudian untuk Mellya serta anak mereka.

"UAS selalu menyediakan waktu khusus dalam kesibukan dakwahnya untuk tetap bersama, menemani, bermain, berjalan-jalan dan lain-lain, sesuai dengan sifat bapa yang selalu sayang serta mendidik anaknya," kata peguam terbabit.

Tiga hari lalu Mellya memuat naik gambar dia bersama Mizyan. Melalui gambar itu kelihatan tangan kanak-kanak terbabit menutup mulut Mellya.

Mengiringi hantaran tersebut ialah kata-kata seolah-olah Mellya yakin apa saja yang disembunyikan tetap akan terdedah pada waktunya.

"Genderang itu telah tuan tabuh, pelan ataupun kuat tetap akan berbunyi. Terlihat ataupun tersembunyi tetap bergema, terlebih lagi sang penabuh besar gaungnya (gemanya).

"Apalah dayaku ketika tangan kecil itu menutup mulutku, dengan manusia berilmu tuan giring opini (pendapat), hingga jutaan mata memandangku dengan arang hitam yang tuan beri," tulisnya. - Malaysiakini