Wanita Di Tapak Program Maulud Rasul Gemparkan Pontian


PONTIAN - Orang ramai sekitar Dataran Majlis Daerah Pontian gempar dengan kehadiran seorang wanita yang berbogel di kawasan itu pagi tadi.

Kehadiran wanita itu disedari orang ramai ketika kerja-kerja pemasangan khemah dilakukan sempena Program Maulud Cintai Rasul yang akan diadakan di dataran berkenaan malam ini.

Sehingga berita ini ditulis, wanita itu masih berada di kawasan berkenaan. - Sinar Harian