Skip to main content

Sumbang Mahram!!! Ayah Diarah Bela Diri


Seorang bapa diarah untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 13 tahun, lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Julie Lack Abdullah mengarahkan lelaki berusia 39 tahun itu membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan pada 11 Januari lalu dan perbicaraan berlangsung pada 24 dan 25 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Keshvinder Singh, Sukhdave Singh dan S Teeban.

Tertuduh memilih untuk membela diri dengan pengakuan bersumpah di kandang saksi dan pihak pembelaan dijangka akan mengemukakan empat saksi termasuk tertuduh untuk perbicaraan.

Julie Lack kemudiannya menetapkan 20 dan 21 Januari ini bagi pembelaan kes berkenaan.

Sinar Harian melaporkan mangsa yang juga pelajar tingkatan satu dijadikan pemuas nafsu kepada bapa dan datuknya berusia 63 tahun sejak berusia lapan tahun.

Kegiatan sumbang mahram itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia 31 tahun selepas dipercayai tidak mampu lagi menanggung tekanan sejak diperlakukan sedemikian. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut