Skip to main content

Dihalang Duduk Sebelah Anwar, Ketua Wanita Buat Laporan Polis


Konvensyen Keadilan Terengganu dan Kelantan di sini petang semalam, terpalit kontroversi apabila Ketua Wanita PKR negeri mendakwa dikasari petugas dan dihalang duduk bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Wanita PKR negeri, Sharifah Norhayati Syed Omar mendakwa sekumpulan lelaki mengasarinya dengan menarik kuat lengan kanannya ketika dia duduk di sebelah Ahli Parlimen Port Dickson itu, kira-kira jam 5.30 petang.

Mengakui dia tidak dijemput menghadiri konvensyen dianjurkan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri, walaupun berhak hadir atas kapasiti sebagai Ketua Wanita PKR negeri dan Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) negeri, insiden dia dikasari itu juga sangat memalukannya.

“Saya tidak disediakan tempat duduk khas sebaris dengan tetamu kenamaan (VIP) dan barisan kepimpinan negeri.

“Saya akur dengan tindakan MPN negeri lalu memilih untuk duduk di kerusi bahagian belakang bersama peserta lain mengikuti konvensyen yang bermula sejak jam 2 petang itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, lewat malam tadi.

Sharifah Norhayati berkata, ketegangan bermula apabila Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail menghalaunya selepas dia duduk di kerusi Pengerusi MPN Kelantan, Mohamad Suparadi Md Noor, yang bangun untuk berucap pada konvensyen itu.

“Insiden bermula selepas saya ke tempat duduk kosong di sebelah Datuk Seri Anwar untuk mengucapkan selamat datang ketika pengerusi MPN Kelantan sedang berucap.

“Tindakan saya duduk di kerusi kosong di sebelah Anwar tidak disenangi Azan yang kemudian mengarahkan saya mengosongkan kerusi itu.

“Sebaik Azan mengarahkan saya berganjak dari situ, sekumpulan lelaki bertindak keterlaluan dan mengasari saya apabila menarik lengan kanan serta memaksa saya bangun dan mengosongkan kerusi.

“Saya memberi alasan kepada kumpulan lelaki berkenaan akan mengosongkan kerusi selepas Suparadi berucap, tetapi kumpulan lelaki berkenaan bertindak menarik saya dari situ,” katanya.

Sharifah Norhayati berkata, tindakan Azan yang mengarahkan sekumpulan lelaki bertindak kasar padanya adalah tidak profesional lalu memutuskan membuat laporan polis.

Sebelum ini wujud ketegangan antara Sharifah Norhayati dan Azan, berikutan pelantikannya sebagai Ketua Wanita PKR negeri difahamkan dibuat oleh Wanita PKR Pusat dan tidak dipersetujui Azan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...