Skip to main content

Kejadian Sama Turut Berlaku Pada Kanak-Kanak Lain


MELAKA: Seorang pelajar tahfiz mendakwa dicabul dan hampir diliwat ketua tenaga pengajar sebuah madrasah di Bemban, Jasin di sini sejak setahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, berkata kejadian sama didakwa turut berlaku terhadap beberapa kanak-kanak lain sebelum salah seorang ibu kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun itu tampil membuat laporan polis Khamis lalu.

Menurutnya, perbuatan itu didakwa bermula sejak 2018 di asrama madrasah persendirian itu yang mempunyai 31 pelajar tahfiz lelaki berumur antara tujuh hingga 17 tahun.

“Berdasarkan keterangan, anak pengadu mendakwa ustaz itu cuba melakukan seks luar tabii (liwat) pada kira-kira jam 10 pagi 23 September lalu, namun kanak-kanak itu sempat melarikan diri.

“Anak pengadu turut memberitahu terdapat juga pelajar lain yang diperlakukan sedemikian oleh ustaz sama dengan cara meminta mangsa mengurutnya sebelum suspek pula akan mengurut mangsa hingga ke bahagian kemaluan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, ustaz berusia 20 an itu adalah ketua tenaga pengajar madrasah berkenaan dan ditugaskan secara bergilir-gilir dengan guru lain untuk menjaga asrama penginapan pelajar sebanyak dua kali seminggu.

Mengulas lanjut, Mohd Nor Yhazid berkata hasil siasatan juga mendapati ustaz terbabit akan memanggil mangsa dan memintanya untuk urut kaki, tangan serta bahagian kepalanya, apabila tiba giliran ketua tenaga pengajar madrasah itu bertugas.

“Suspek juga menggunakan taktik dengan cara menolak badan mangsa untuk baring di sebelahnya apabila mangsa memberi alasan kepenatan sebelum suspek terus memeluk erat badan mangsa.

“Dalam kejadian seperti itu, suspek pernah cuba membuka seluar mangsa dan cuba memasukkan kemaluannya ke bahagian dubur mangsa, namun berjaya ditepis sebelum mangsa melarikan diri.

“Suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...