Skip to main content

Netizen Kagum Lihat The Rock Main Masak-Masak Dengan Anak


MELIHAT tubuh sasa dan bertatu pelakon ini, sudah tentu ramai yang membayangkan tentunya Dwayne Douglas Johnson atau The Rock seorang bapa yang agak garang dan tegas.

Namun ternyata, rupa paras seseorang itu tidak mencerminkan bagaimana karakter sebenar aktor ini melainkan pengikut setia di laman sosial yang sedikit sebanyak didedahkan dengan kehidupan peribadi beliau.

Disifatkan sebagai 'family man', gambar The Rock bermain ‘masak-masak’ dengan anaknya begitu mencuit hati netizen.

Pelakon filem francais, Fast and Furious itu berkongsi gambar memaparkan dirinya berpura-pura minum menggunakan gelas mainan bersama anaknya yang kelihatan leka bermain masak-masak.

Menerusi kapsyennya juga, pelakon dan bekas penggusti WWE meletakkan tanda pagar berharap agar kerusi kecil yang didudukinya dilindungi tuhan kerana tidak sesuai dengan fizikal yang sasa.

Momen yang dimuat naik oleh artis Hollywood itu bukan sahaja terlihat lawak dan comel, malahan memberi gambaran bahawa tidak kira siapapun individu tersebut, sudah pasti dia tetap akan ‘kalah’ dengan telatah anak kecilnya.

Perkongsian di Instagram itu mendapat lebih 7 juta tanda suka dan rata-rata netizen kagum dengan pelakon terbabit yang pandai melayan karenah anaknya.

coolayushsharma1999 berseloroh “Tak kisah jika anda adalah The Rock Dwayne Johnson tapi bila anak perempuan awak beritahu suruh awak duduk dan minum secawan teh, anda tetap perlu lakukannya.

“Awww...ini sungguh comel, saya dapat rasakan kasih sayang daripada awak dan anak awak, terbaik The Rock melayan anaknya,” tulis Adamface pula. - Sinar Harian
 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...