Skip to main content

Kami Tidak Sempat Selamatkan Siti, Kejadian Berlaku Terlalu Pantas


MIRI: “Saya terdengar bunyi letupan sebelum rumah terbakar,” kata suri rumah, Hamidah Puni, 34, yang juga ibu kanak-kanak perempuan, Siti Nur Hidayah Zamri, 11, yang rentung dalam kejadian kebakaran di Jalan Penisula, Kampung Pulau Melayu, di sini awal pagi tadi.

Katanya, bunyi letupan itu agak kuat, malah turut mengejutkannya dan tiga lagi anaknya yang tinggal di rumah bersebelahan.

“Tiga anak tinggal bersama saya di rumah bersebelahan, manakala Hidayah tinggal di rumah itu bersama datuknya.

“Sejurus terdengar bunyi letupan itu, saya terjaga dan bergegas keluar dari rumah untuk memeriksa keadaan sebelum mendapati rumah didiami Hidayah dan datuknya terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

"Kami tidak sempat selamatkan Siti kerana api marak dengan cepat,” kata Hamidah Puni, ibu kepada Siti Nur Hidayah Zamri yang dijumpai rentung dalam kebakaran.

Hamidah yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau bersama beberapa jiran tidak dapat berbuat apa-apa, termasuk menyelamatkan anak perempuannya yang terperangkap kerana api terlalu marak.

“Kejadian berlaku terlalu pantas, hampir keseluruhan rumah musnah dalam tempoh yang singkat. Saya cukup sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan Hidayah. Saya reda dengan pemergiannya. Ini semua ketentuan Tuhan,” katanya sambil menahan sebak.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6, Law Poh Kiong pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.17 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, rumah berkenaan didapati musnah sepenuhnya akibat api yang terlalu marak,” katanya.

Katanya, mayat mangsa yang ditemui dalam salah sebuah bilik tidur di rumah berkenaan berjaya dibawa keluar sejurus api berjaya dipadamkan sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.25 pagi tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya untuk urusan pengebumian.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-BeritaHarian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...