Skip to main content

Isteri Bebas Tuduhan


KUCHING - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membebaskan Ling Hang Tsyr daripada pertuduhan bersubahat membunuh suaminya, Wong Jong Kui, bekas pengurus cawangan bank HSBC di Sibu pada 2012.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam penghakimannya turut mengetepikan hukuman mati yang dijatuhi terhadap Hang Tsyr, 38, seorang kerani bank oleh Mahkamah Tinggi Sibu pada 17 Oktober 2017.

Keputusan sebulat suara itu dibuat Zabariah yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Suraya Othman dan Datuk Wira Kamaludin Md Said.

Zabariah berkata, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti langsung maka tidak selamat untuk menjatuhkan hukuman berdasarkan lompang pada bukti keterangan mengikut keadaan.

“Keterangan mengikut keadaan ini tidak mencukupi untuk menjatuhi hukuman gantung terhadap perayu,“ katanya selepas membacakan penghakimannya selama hampir dua jam.

Perayu diwakili peguam Lim Heng Choo dan Roger Chin manakala Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail mewakili pihak pendakwaan.

Hang Tsyr dan teman lelakinya, Andrew Tiong King Guan, 31, didakwa bersubahat dengan tertuduh utama Ling Hoe Ing, 28, dalam pembunuhan Jong Kui, di rumahnya di Jalan Ulu Sungai Merah, Sibu, kira-kira 1.30 pagi, 14 Jun 2012.

Pada 17 Oktober 2017, Hang Tsyr dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Sibu selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan suaminya dan diperintahkan supaya ditahan di Penjara Kuching sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap hukuman itu.

King Guan masih bebas setelah menghilangkan diri sejak 10 Februari 2015 manakala Hoe Ing, kini menjalani hukuman penjara 16 tahun selepas dia mengaku bersalah pada 1 Oktober 2013, terhadap pertuduhan pilihan menyebabkan kematian mangsa tanpa niat.

Sementara itu, Chin menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, dengan menyifatkan ia satu keputusan yang tepat dan perayu berhak mendapat kebebasannya hari ini.

“Apa yang kami ingin tegaskan di sini ialah dia (Hang Tsyr) telah dipenjarakan selama tujuh tahun, dia ditangkap pada 2012. Saya rasa keadilan sudah dilaksanakan, Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat kerana ketiadaan bukti, terlalu banyak keraguan dan dia berhak mendapatkan kebebasannya,” kata peguam itu.

Selain kekurangan bukti, Chin berkata tidak ada sebarang motif untuk perayu terlibat dalam pembunuhan suaminya.

“Mahkamah Tinggi mengatakan pembunuhan itu disebabkan polisi insurans, dia (perayu) mahu mewarisi polisi insurans daripada si mati tetapi mahkamah ini tidak pernah mengatakan demikian. Ia benar kerana perkara itu tidak pernah dibuktikan dan jika dilihat pada keterangan pegawai penyiasat kes, beliau mengesahkan perayu tidak mewarisi apa-apa daripada si mati.

“Mereka juga dalam proses penceraian dan jika dalam proses bercerai, kenapa perayu mahu membunuh suaminya, jadi apakah motif untuk membunuh? Tiada motif untuk membunuh, dia tidak mewarisi apa-apa, dia tidak kenal siapakah pembunuhnya dan pada akhirnya, Mahkamah Rayuan menyimpulkan tidak ada kaitan untuk perayu terlibat dalam pembunuhan itu,” katanya.

Sejurus selepas prosiding ditangguhkan, Hang Tsyr yang memakai jaket putih dan duduk di kandang tertuduh dipeluk oleh bapanya.

Sambil menitiskan air mata, bapa Hang Tsyr meluahkan kegembiraannya kepada pihak media dan memberitahu anak lelaki Hang Tsyr sedang menunggunya dan bertanya adakah ibunya itu akan pulang ke rumah hari ini. -- Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...