Skip to main content

Hapuskan Sekolah Vernakular Dibangkitkan Dalam Kongres Maruah Melayu


Hapuskan sekolah venekular secara berperingkat dalam tempoh enam tahun adalah antara resolusi yang dibangkitkan dalam Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, hari.

Wakil dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fatin Aqilah Rahim, yang mengemukakan resolusi kluster pendidikan itu menegaskan, langkah menghapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil itu penting demi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ketika membentangkan resolusi itu, Nurul Fatin berkata sekolah venekular boleh dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2026.

Pada masa sama katanya sekolah kebangsaan perlu diperkukuhkan bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Perkasakan sekolah kebangsaan kerana sekolah venekular tidak mampu menyatukan rakyat.

"Mansuh sekolah venekular dalam masa enam tahun, pemansuhannya sebagai kunci perpaduan," katanya ketika berucap.

Selain itu tegas Nurul Fatin, pemansuhan sekolah venekular juga akan memperkukuhkan lagi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tambahnya lagi, penggunaan tulisan Jawi juga perlu dimartabatkan dan perlu dimasukkan dalam subjek Bahasa Malaysia.

Resolusi membabitkan kluster pendidikan, agama, politik, ekonomi dan budaya kemudiannya diserahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri hadir menyampaikan amanat pada kongres berkenaan yang dihadiri lebih 5,000 orang.

Kongres berkenaan berlangsung penuh santun dan kehadiran Mahathir disambut dengan dengan lagu Warisan yang didendangkan penyanyi nombor satu tanah air, Siti Nurhaliza.

Kemudiannya, ia disusuli dengan nyanyian lagu tema kongres berkenaan, bacaan ikrar dan penyerahan resolusi pada akhir kongres.

Orang ramai yang hadir mengenakan pakai tradisi masyarakat Melayu termasuk memakai tanjak.

Sementara itu, Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyampaikan resolusi agama mahu jawatan perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar dan jawatan menteri kanan termasuk menteri kewangan harus dipimpin oleh orang Islam.

"Begitu jugalah jawatan penting lain seperti ketua hakim negara, peguam negara, ketua setiausaha negara, ketua polis negara, panglima angkatan tentera dan lain-lain jawatan strategik hendaklah digalas muslim beraliran Ahli Sunnah wal Jamaah," katanya.

Selain itu, resolusi juga dikemukakan dengan meminta kerajaan meminda perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan dengan mengisytiharkan bahawa Islam beraliran Ahli Sunnah wal Jamaah adalah doktrin dan kepercayaan bagi persekutuan - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...