Dua remaja itu ditahan keluarga mangsa apabila mereka menziarahi kuburnya di Tanah Perkuburan Awam Bandar Digos sehari selepas pengebumian.
Mereka mendapati kubur Isabel Bastatas, 84, digali semula apatah lagi dengan keadaan kedua-dua belah kaki mangsa terjulur keluar dari keranda.
Saudara-mara mangsa percaya mayat Isabel diperkosa setelah ditemukan tanpa pakaian dalam selain terdapat tanda-tanda berlaku persetubuhan.
Memetik laporan Daily Mail Online, pegawai polis dari Bandar Digo, Leftenan Kolonel Ernesto Castillo berkata penangkapan mangsa dibuat selepas saksi-saksi tampil membantu siasatan.
“Saksi-saksi menamakan salah seorang suspek yang bernama ‘Erwin’ dan rakannya,” katanya.
Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kehilangan barangan yang didakwa dicuri dari kubur tersebut dan bagaimana mayat mangsa diusik.
Kes tersebut disiasat atas tuduhan nekrofilia (perlakuan seks ke atas mayat).
Kedua-dua suspek remaja bawah umur itu bagaimanapun menafikan tuduhan terhadap mereka dan kini dipindahkan ke Jabatan Pembangunan Kebajikan Masyarakat. - Astro AWANI