Skip to main content

Dia Wanita Tulen Dan Ibu Kepada Anak-Anak Kami - Bekas suami


SHAH ALAM - Tolong hentikan fitnah dan mohon maaf kepada beliau, kata usahawan, Datuk Mohd Nasir Yaacob, 46, iaitu bekas suami kepada seorang wanita dikenali sebagai 'Cleopatra' yang menjadi perhatian umum kerana didakwa sebagai transgender dan bekerja dengan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mohd Nasir menerusi hantaran di Facebook miliknya menggesa semua pihak yang membuat tuduhan melampau serta fitnah terhadap bekas isterinya supaya memohon maaf kerana wanita itu tidak mengganggu atau berbuat salah kepada sesiapa.

Menerusi satu lagi hantaran terdahulu di Facebook hari ini, Mohd Nasir turut menulis walaupun beliau bukan lagi suami kepada Cleopatra, perkara fitnah itu perlu dihentikan.

Katanya, beliau turut menerima mesej peribadi yang menggelarnya dayus kerana membiarkan isteri berpakaian atau berposing dalam Instagram kerana umum maklum wanita itu bertudung ketika menjadi isteri beliau.

"Cinta dan jodoh kami tidak sampai ke syurga dan ALLAH menentukan segalanya. Sekarang, dia bukan isteri saya lagi dan biarlah dia dengan dunia glamournya...dia nak buka tudung atau berpakaian macam mana sekalipun, itu haknya.

"Tolong hentikan segala fitnah yang dilemparkan kepada dia kerana dia adalah wanita tulen dan ibu kandung kepada anak-anak kami. Anak kedua kami lahir di Gleneagles KL yang disambut oleh Datin Dr Suhaiza Salleh," tulisnya.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi seminit memaparkan seorang wanita cantik yang dipercayai menggunakan nama Instagram Cleopatra_x3 mengadakan pertemuan dan mesyuarat di pejabat Syed Saddiq di Putrajaya.

Berdasarkan Instagram wanita itu, mesyuarat tersebut dipercayai diadakan pada 15 Oktober lalu.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di status Mohd Nasir, beliau memberitahu, gambar MyKad transgender yang tersebar dan dikaitkan dengan bekas isterinya juga tidak benar.

"Netizen dah salah orang. Dia bukan orang dalam MyKad transgender itu.

"Sebaiknya netizen doakan yang baik-baik saja bukannya mencaci atau menabur fitnah. Mohonlah kemaafan daripada beliau kerana dosa memfitnah lebih berat daripada membunuh," katanya.

Semalam, Syed Saddiq menafikan beliau melantik seorang transgender menjadi pembantu peribadi atau setiausahanya.

Syed Saddiq turut menafikan dakwaan wanita itu seorang transgender dan memaklumkan maklumat diterima menunjukkan wanita itu mempunyai dua orang anak kandung.

Sementara itu, cubaan Sinar Harian untuk mendapatkan komen wanita berkenaan atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, 25, tidak berjaya kerana beliau gagal dihubungi. - Sinar Harian
 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...