Skip to main content

Arab Saudi Benarkan Pelancong Lelaki, Wanita Kongsi Bilik Hotel


RIYADH: Arab Saudi mula membenarkan lelaki dan wanita asing tinggal bersama di bilik hotel tanpa perlu menunjukkan bukti status mereka susulan dasar Riyadh memperkenalkan rejim visa baru bagi menarik kedatangan pelancong.

Wanita, termasuk rakyat Saudi, juga dibenarkan menyewa bilik hotel dengan sendiri berbanding peraturan sebelum ini.

Perkembangan itu dilihat membuka jalan bagi wanita tidak ditemani melakukan perjalanan dengan lebih mudah dan bagi pelawat asing yang belum berkahwin untuk tinggal bersama di negara Teluk, di mana hubungan seks luar nikah diharamkan.

Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Saudi mengesahkan laporan akhbar berbahasa Arab, Okaz pada Jumaat, sambil menambah: “Semua rakyat Arab diminta untuk menunjukkan kada pengenalan keluarga atau bukti hubungan semasa daftar masuk hotel.

Ini tidak diperlukan bagi pelancong asing. Semua wanita, termasuk Saudi, boleh menempah dan menginap di hotel, memberikan kad pengenalan semasa mendaftar masuk.”

Arab Saudi melancarkan dasar pintu terbuka minggu lepas kepada pelancong asing dari 49 negara kerana ia mahu mengembangkan sektor tersebut dan mempelbagaikan ekonominya.

Sebagai sebahagian daripada langkah itu, ia menyebut pelawat tidak perlu memakai jubah hitam tetapi harus berpakaian sederhana. Alkohol masih diharamkan.

Arab Saudi agak tertutup selama beberapa dekad dan sehingga baru-baru ini lelaki dan wanita yang tidak ada ikatan, termasuk warga asing, boleh dihukum kerana bercampur dengan bebas di khalayak ramai.

Kod sosial yang ketat telah dilonggarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan hiburan yang dilarang sebelum ini mula berkembang.

Tetapi kemasukan pelancong – pihak berkuasa menyasarkan 100 juta kunjungan setiap tahun menjelang tahun 2030 – dapat memperluaskan sempadan kebebasan tetapi dikhuatiri ada serangan balas pihak konservatif.

Kerajaan telah mengakhiri larangan, mendapat kritikan ramai, terhadap wanita memandu tahun lepas dan pada bulan Ogos memberikan hak-hak baru kepada mereka untuk melakukan perjalanan ke luar negara, menggugurkan sistem perwalian yang mewajibkan setiap wanita mendapatkan kelulusan pihak lelaki dalam keputusan-keputusan penting.

Perubahan itu sebahagian daripada agenda pembaharuan ekonomi dan sosial dibawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Sementara rancangannya menerima pujian antarabangsa, imejnya tercemar susulan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi, tindakan keras terhadap pembangkang, dan perang dahsyat di Yaman.

Hingga kini, warga asing yang melancong ke Arab Saudi dihadkan kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, ahli-ahli perniagaan, dan jemaah haji yang diberi visa khas untuk melawat kota suci Mekah dan Madinah. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...