Skip to main content

Peniaga Nilai 3 Gempur, Imigresen Tahan 68 Warga Asing


NILAI: Seramai 68 warga asing termasuk seorang wanita warga Kemboja ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dalam serbuan Op Bersepadu di Pasar Borong Nilai 3, di sini, hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata serbuan itu yang bermula jam 11 pagi disertai seramai 292 pegawai dan anggota Imigresen.

Katanya, operasi itu turut dijalankan bersama 56 pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Dalam operasi ini, kali ke-59 (serbuan di Nilai sejak awal tahun ini), kita memeriksa 39 premis dan 298 warga asing. Daripada pemeriksaan itu, kita telah menahan 68 orang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an terdiri daripada 51 warga Pakistan, Myanmar (sembilan), Bangladesh (tujuh) dan seorang wanita warga Kemboja.

“Mereka ditahan untuk kita periksa kesahihan dokumen yang dimiliki. Buat masa ini tidak boleh ditentukan lagi sama ada mereka ini pendatang asing tanpa izin (PATI) atau tidak,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Khairul berkata, pihak SSM turut mengeluarkan sebanyak 14 notis penjelasan dan mengenakan kompaun terhadap 14 premis selepas didapati gagal mempamerkan sijil pendaftaran perniagaan selain terus menjalankan operasi setelah tamat sijil perakuan pendaftaran perniagaan.

BH sebelum ini mendedahkan Pasar Borong Nilai 3 yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai lokasi perniagaan terkemuka untuk warga tempatan kini berubah menjadi lubuk perniagaan warga asing apabila jumlah mereka terus meningkat sejak 2013.

Khairul berkata, hasil pemeriksaan turut mendapati kebanyakan pekerja asing di kawasan itu mempunyai dokumen dan permit kerja yang sah.

“Terdapat juga warga asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan, jadi mereka mempunyai permit sah untuk jalankan perniagaan atas nama pasangan masing-masing atau bekerja di premis dengan kebenaran pihak Imigresen.

“Berdasarkan operasi hari ini, boleh disimpulkan bahawa mungkin terdapat persepsi yang silap, apabila (orang ramai) lihat kawasan ini dipenuhi warga asing, tidak semestinya mereka adalah PATI.

“Bagaimanapun, terdapat juga beberapa kes warga asing cuba melarikan diri apabila melihat kehadiran pihak berkuasa. Justeru, operasi akan diteruskan dengan lebih kerap pada masa akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua warga asing yang ditahan akan dibawa ke Pejabat Imigresen Senawang untuk pemeriksaan lanjut mengikut Peraturan 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1963. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...