Skip to main content

Ini Negara Yang Haziq Pilih Untuk Melarikan Diri.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan seorang lelaki, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu dalam video seks yang mengaitkan seorang menteri Kabinet ditahan sebelum dia berlepas ke Manila, Filipina.

Beliau berkata, Haziq ditahan pada jam 6 petang tadi di terminal pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berikut ialah kenyataan penuh Huzir:

Tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu bagi membantu siasatan polis.

Pada 14 Jun 2019 jam lebih kurang 6 petang, sepasukan pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki Melayu di KLIA bagi membantu siasatan polis.

Butiran tangkapan adalah seperti berikut:

Nama: Haziq Abdullah Abdul Aziz

Umur: 27 tahun

Ketika tangkapan dibuat, suspek berada di terminal pelepasan antarabangsa. Berdasarkan tiket penerbangan, saspek dijadualkan berlepas ke Manila.

Siasatan dijalankan mengikut peruntukan seksyen-seksyen berikut:

1. Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Menjual, Dsb., buku-buku, Dsb., yang lucah)

Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

2. Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan)

Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

3. Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Seksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii)

Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai dua puluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebat.

4. Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain)

Hukuman: Didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan". - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...