Skip to main content

Sistem Raja Berperlembagaan Bukannya Raja Yang Berkuasa - Tun Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan, bukannya raja berkuasa mutlak.

Beliau menjelaskan, sistem Raja Berperlembagaan diamalkan sejak Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

“Perkara ini serius, kerana pada waktu kita bentuk Persekutuan Tanah Melayu kita perkenal undang-undang negara dan perlembagaan. Dalam perlembagaan kita telah nyatakan Persekutuan Tanah Melayu dan negeri-negeri dalam Persekutuan ini mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukan raja yang berkuasa mutlak.

“Kalau masih ada dalam undang-undang negeri Johor, itu terbatal.. Johor juga setuju dengan sistem pemerintahan di negara kita. Jadi, saya berpendapat kalau kita anggap bahawa yang akan memilih Perdana Menteri dan menteri besar adalah raja, kita sudah tidak jadi negara demokratik lagi.

“Kerana, walaupun rakyat pilih, parti yang berhak melantik menteri besar tapi ini dinafikan hak rakyat. Maknanya (ini) bukan demokrasi, tetapi negara 'kerajaan raja berkuasa mutlak'. 

Kalau ini sebenarnya boleh ada perbahasan tentang ini.. sama ada kita terima sistem sedia ada iaitu raja tidak berkuasa hanya ambil tindakan melalui nasihat di peringkat pusat, Perdana Menteri dan peringkat negeri, menteri besar, kalau itu dihapuskan maka kita tak perlu ada pilihan raya umum lagi,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah, "jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan”.

Menurut Sultan Ibrahim, biar pun baginda kini berada di luar negara, perkembangan dalam negara terutamanya di Johor tetap diikuti melalui laporan semua pihak.

"Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

"Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti," titah baginda lagi menerusi akaun Facebook rasmi baginda pada Rabu.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...