Skip to main content

Pernikahan Dibatalkan, Atikah Suhaime Ucap Terima Kasih Pada Awi Rafael


PELAKON Atikah Suhaime mengucapkan terima kasih kepada bekas tunangnya, Awi Rafael kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang bergelar tunangan.

Menurut Atikah, Awi merupakan seorang lelaki yang terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

Dalam masa sama, dia mengharapkan hubungan mereka akan kekal baik.

"I have lost the music of my life. With a very heavy heart, I regret to inform you that our wedding this Sunday is cancelled.

"Awi and I have worked very hard, or perhaps I didn't fight enough for our love. I thank Awi for taking care of me when I was his fiance.

"You're the best I can ever wish for. I hope we will remain close confidants like how we used to all these years," tulisnya dalam laman Instagram peribadinya.

Artis kelahiran Singapura ini juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga Awi dan keluarganya sendiri yang telah menjadi tunjang utama untuk dirinya.

"I thank his family for always being there for me. And also my family for being the greatest support.

"To those who have worked very hard to make our wedding a good one, I can't thank you enough.

"Tapi tak ada rezeki. Perhaps God has different plans for us.

"It's difficult to me to accept this. I thought I could fix things at the last minute. But this is how it is," tulisnya lagi.

Bagaimanapun, entri di laman sosialnya itu sudah dipadam semalam.

Baik Awi dan Atikah, masing-masing tidak menjelaskan punca pernikahan itu dibatalkan di saat-saat akhir.

Atikah dan Awi mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin pada Ahad ini.

Sebelum ini, penyanyi Awi Rafael umum membatalkan pernikahannya dengan pelakon Atikah Suhaime di laman Instagram peribadinya pada pagi Khamis.

Berdasarkan rancangan, pasangan itu akan melangsungkan akad nikah pada Ahad ini di Singapura.

Namun, Awi membuat keputusan yang mengejutkan peminat-peminat mereka dengan memberi alasan, dia harus memelihara maruah keluarganya.

Menurut Awi, dia sudah cuba melakukan yang terbaik buat bekas tunangnya itu. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...