Skip to main content

Hina Nabi: Alvin Chow Berjaya Ditahan Polis Selangor


KUALA LUMPUR: Polis Selangor menahan lelaki yang menggunakan nama ‘Alvin Chow’ dalam akaun laman sosialnya kerana menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek ditahan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu.

“Suspek yang dikesan tinggal di Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur ini dikehendaki polis berikutan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda.

“Dalam tangkapan berkenaan, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Berdasarkan maklumat, suspek turut dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau serta rekod dikehendaki polis.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman.

Pada Ahad dan Isnin lalu, polis menahan tiga lelaki atas kesalahan sama selepas dikesan membuat komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebook serta Twitter masing-masing.

Suspek pertama, lelaki berusia 29 tahun yang menggunakan nama ‘Bakakuk’ dalam akaun media sosial miliknya, ditahan di Labuan, Sabah, manakala suspek kedua, seorang lelaki berusia 22 tahun yang menggunakan nama ‘Ayea Yea’ dalam akaun Facebook miliknya, ditahan di Bau, Sarawak.

Suspek ketiga lelaki berusia 52 tahun yang menggunakan nama ‘Yazid Kong’ dalam akaun Facebook miliknya, ditahan dalam serbuan ke atas satu lokasi di Petaling Jaya, Isnin lalu.

Semua siasatan kes berkenaan dilakukan mengikut Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima 929 laporan berhubung kes penghinaan terhadap agama Islam, Nabi Muhammad SAW serta isteri baginda, Saidatina Aisyah, di seluruh negara dan 16 kertas siasatan sudah dibuka. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...