Skip to main content

Malang Nasib Gadis Berusia 16 Tahun, Keluar Mulut Harimau Masuk Mulut Buaya



KELUAR mulut harimau masuk mulut buaya. Itu pepatah sesuai menggambarkan nasib malang remaja perempuan warga Indonesia berusia 16 tahun yang dipaksa melacur oleh sindiket pelacuran tempatan sebaik tiba ke negara ini.

Mangsa difahamkan mulanya dijanjikan pekerjaan lain oleh ejennya di Indonesia namun sebaik tiba di Kuala Lumpur, dia dipaksa melacur.

Remaja itu kemudian dibantu seorang wanita yang juga rakan senegaranya untuk melarikan diri daripada sindiket terbabit. Malangnya, remaja perempuan itu dipaksa pula melacur oleh ‘penyelamatnya’ itu.

Kesengsaraan berganda remaja malang itu bagaimanapun berakhir apabila Bahagian Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman berjaya menyelamatkannya, baru-baru ini.

Dalam operasi dinamakan Op Pintas itu, selain menyelamatkan mangsa, D7C juga berjaya menahan empat suspek termasuk rakan senegaranya itu.

Kejayaan operasi menyelamat itu disahkan Ketua Penolong Pengarah D7C Bukit Aman, Datuk Maszely Minhad yang berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Memperincikan kejayaan pasukannya itu, Maszely berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mendakwa dilacurkan dua wanita warga Indonesia sebaik berjaya melarikan diri daripada rumah suspek di Bandar Baru Ampang.

“Bertindak atas maklumat itu, satu pasukan diketuai Asisten Superintendan Azrul Azwan Abd Malik terus melakukan serbuan di rumah terbabit sebelum menahan dua lelaki Pakistan dan dua wanita Indonesia masing-masing berusia 28 hingga 33 tahun.

“Selain remaja terbabit, kita juga menyelamatkan seorang lagi remaja perempuan juga dari Indonesia berusia 16 tahun,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa dijanjikan pekerjaan yang baik oleh ejennya di Indonesia namun dipaksa melacur sebaik tiba ke sini.

“Bila dia lari daripada sindiket itu dengan bantuan rakan senegaranya, dia pula dipaksa melacur oleh wanita terbabit,” katanya kes berkenaan akan dituduh di Mahkamah Ampang, esok.

Dalam perkembangan lain, Maszely berkata, D7C Bukit Aman juga berjaya menumpaskan satu sindiket pemerdagangan orang berpusat di Manjung, Perak, 16 Januari lalu.

Katanya, dalam serbuan yang dilakukan di tiga premis berasingan di daerah berkenaan, pihaknya berjaya menahan enam lelaki berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai ahli sindiket.

“Dalam operasi itu, kita berjaya selamatkan 19 wanita terdiri daripada masing-masing seorang warga Indonesia dan Laos, Thailand (tiga), dan 14 warga Vietnam yang dipercayai dieksploitasi sindiket untuk tujuan pelacuran.

“Enam suspek dijadual dituduh di Mahkamah Ipoh, hari ini mengikut Seksyen 12 ATIPSOM,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya merampas Honda City, Perodua Kelisa dan Proton Wira yang dipercayai digunakan sindiket terbabit untuk menghantar wanita dari rumah ke premis pelacuran termasuk wang tunai sebanyak RM6,828.

Maszely berkata, D7C komited dalam usaha memerangi jenayah pemerdagangan orang.

“Masyarakat yang punya maklumat mengenai kejadian terbabit diminta menyalurkannya. Identiti mereka yang berkongsi maklumat akan menjadi kerahsiaan paling tinggi bagi kami. 

Marilah bersama kami dalam memerangi jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,” katanya. - Harian Metro
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...