Powered by Blogger.

Thursday, January 10, 2019

Master Chris Leong Pakar Sakit Tulang Ditahan


Master Chris Leong yang dikenali sebagai pakar tulang yang mengunakan kaedah perubatan terapi Cina Tit Tara, ditahan di Palembang, Indonesia, baru-baru ini.

Seramai 20 orang, 16 daripada mereka warga Malaysia, termasuk Pengamal Perubatan Tradisional Cina itu, ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa melanggar visa pelancong mereka.

Terdapat juga dua rakyat Hong Kong, seorang warga Ireland dan seorang warga Belgium dan kesemua mereka ditangkap di sebuah hotel empat bintang di Palembang.

17 daripada mereka yang ditahan merupakan sukarelawan dalam agensi Chris Leong Method (CLM) yang berpangkalan di Malaysia.

Chris Leong dan sukarelawannya didapati menyalahgunakan visanya dengan menyediakan khidmat terapi mereka di Indonesia.

Chris Leong amat terkenal melalui video viralnya yang berpakaran dalam menyembuhkan sakit tulang dan membetulkan tulang. - Malaysiakini