Masih ingatkah lagi kalian cerita tentang aku mengandung kan anak luar nikah? Yang tinggal sebumbung dengan nya selama 2 tahun. Yang kalian kecam bodoh dan yang diminta mati semasa aku melahirkan zuriat pertamaku.?
Tidak mengapalah, sesungguhnya aku terima kesemua kecaman kalian lontar kan terhadapku. Memang silap aku. Bak kata orang 'pandai buat,pandai tanggung'.
Alhamdulillah dengan segala tohmahan dan kecaman hebat dari kalian semua aku mampu bangkit semula. Aku jadikan ia sebagai satu tenaga untuk aku berdiri untuk membina semangat di dalam diri aku meskipun orang sekeliling memandang sinis terhadap aku.
Pada awal tahun 2018, aku telah selamat melahirkan anak sulung ku. Syukur Ya Allah segalanya berjalan lancar seperti mana yang aku doa kan.
Sebenarnya sebelum aku melahirkan anak yang tidak berdosa ini aku telah nekad untuk memberitahu semua nya kepada keluargaku dan keluarga si dia.
Sekali lagi aku memanjat kan rasa syukur kepada Nya kerana keluarga ku dapat menerima anak yang aku lahir kan dan mereka juga dapat menerima aku seadanya walaupun aku telah melakukan kesalahan yang besar dalam hidup aku. Keluargaku menguruskan segala urusan kelahiran anakku.
Walaupun ada yang mengatakan aku menconteng arang ke muka kedua orang tuaku. Jika masa boleh diputarkan semula alangkah indahnya. Dapatlah kita memperbaiki segala kesilapan lampau kita dahulu. Tetapi siapa kita untuk melakukan ini semua, kita bukan tuhan yang mencipta langit dan bumi ini. Kita juga bukan malaikat yang tidak punya dosa lampau.
Kita semua hanya insan yang hina dan kerdil dalam muka bumi ini. Jangan pernah memandang jijik pada kami yang pernah terlanjur dalam hidup. Memang tidak dapat dinafikan sewaktu zaman mudah lah paling banyak cabaran untuk hidup.
Sebabnya masa ini lah darah muda yang membuak-buak untuk mencuba segala benda baru di dalam hidup. Tersilap saja langkah kita terus terjebak dengan perkara-perkara yang tidak mendatang kan faedah.
Tentang keluarga si dia? Bila aku mengadu dan ceritakan kesemuanya kepada keluarganya habis teruk dia dikecam keluarganya. Dia di suruh untuk bertanggung jawab pada aku dan anak yang aku lahir kan ini.
Keluarganya meminta aku berkahwin dengan nya sebaik sahaja aku habis pantang. Bermakna pada bulan Februari 2018, si dia sendiri yang memberitahu keluarganya akan menguruskan urusan perkahwinan kami.
Aku sering kali menghantar gambar anak pada keluarga si dia selepas 2 hari melahirkan anak kami. Kata keluarganya kalau kami sayangkan anak kami,cepat-cepat lah bernikah, anak ini sememangnya memerlukan seorang ayah.
Anak aku memang comel, berlesung pipit kiri dan kanan. Tidak heran lah sebab kami berdua pun masing-masing ada rupa paras yang menarik.
Apabila aku ke hospital untuk menguruskan urusan anak ku pastinya jururawat di hospital semua nya sibuk mengusik-gusik dan mengomol pipi tembamnya.
Ya Allah,luluh hati ini bila aku pandang muka anak kecil yang tidak mengerti lagi apa itu makna hidup, sakitnya saat melahirkan amanah yang tak ternilai ini Dia sahaja yang tahu, memang tak sanggup aku berikan pada orang lain. Pengalaman semasa melahirkan sememangnya membuatkan aku insaf atas segala keterlanjuran aku.
Mujur aku ada keluarga yang memahami situasi yang aku alami ini.
Akhirnya si dia bersetuju untuk menikahi ku, sebaik sahaja aku habis berpantang.Tetapi persoalan yang berlegar-legar diminda ku jiwa pemaaf aku ni,memang sudah memaafkannya, tapi untuk berkahwin dengan nya hati aku sudah tertutup.
Dia seorang yang suka berjudi,minum arak,kaki numbor ekor dan kaki perempuan. Teruk aku di kecam kerana benda ini. Ya aku sedar, tetapi dia tidak pernah memukul, memarahiku atau meminta duit kepadaku. Walaupun duit yang di berinya tidak pernah mengcukupi untuk aku belanjakan.
Masalahnya sekarang aku sudah tiada hati untuk bercakap soal kahwin dengannya, walaupun aku telah memaafkan semua kesalahannya.
Patutkah kalian rasa aku teruskan sahaja hidup bersama anak ku atau berkahwin dengan nya dan terima baik serta buruknya kerana kedua-dua belah pihak sudah pun mengetahui tentang perkara ini. Urusan perkahwinan juga tidak lama saja lagi.
Patutkah aku bersetuju untuk menerimanya sebagai seorang pemimpin didalam hidup ku? Editor: Ila