Skip to main content

Kita Kalah Kerana 1MDB, Khairy Tempelak Najib




AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kononnya daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN sebaliknya menegaskan BN pada hakikatnya tewas gara-gara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam akaun Twitternya, Khairy berkata : ‘We lost because of 1MDB. The End’ (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat)

Sehingga jam 6 petang tadi ia dikongsi lebih 2,600 pengikut dengan lebih 2,000 ‘Likes.

Kebanyakan netizen meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Seorang netizen, Prempuchong berkata Najib masih dalam mood penafian.

ShahRblood pula memberi komen, Khairy makin berani.

Perkongsian itu turut merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kenyataan Najib yang mendakwa kekalahan BN pada PRU-14, berikutan daripada penipuan, fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh PH.

Kenyataan yang dibuat Najib itu pada Sesi Dialog Sembang Santai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi, yang turut disiarkan secara langsung di Facebook miliknya.

Najib yang berjanji taat setia terhadap UMNO dan BN pada sesi berkenaan, turut memberitahu, tiada sebab gabungan baharu perlu ditubuhkan, sambil menegaskan partinya tidak mempunyai sebarang masalah.
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut