Powered by Blogger.

Saturday, October 20, 2018

Suami Tikam Leher Isteri Kerana Tidak Mahu Keluar Ruamh


GARA-GARA pertengkaran dan dihalau keluar dari rumah, seorang suami nekad membunuh isterinya dengan menikam leher wanita itu di rumah mereka di Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Lelaki terbabit melakukan tindakan kejam itu pada pukul 5.30 pagi selepas dihalau isterinya.

Menurut Kompas.com yang memetik Ketua Polis Alak, Gede Sucitra berkata, suspek turut membiarkan pisau yang digunakan tertanam pada leher isterinya.

Kata Gede, hasil soal siasat suspek mengakui terlalu marah apabila dihalau keluar lalu mengambil pisau dan menikam serta menanam pisau itu di leher isterinya.

"Sebaik sahaja membunuh isterinya, lelaki itu menyerah diri kepada pihak polis," katanya. - Astro AWANI