Skip to main content

Remaja Berusia 13 Tahun Dirogol Sehingga Lahirkan Tiga Orang Bayi Kembar.


Amerika Tengah - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah dirogol oleh seorang lelaki sehingga melahirkan tiga orang bayi kembar.

Pada mulanya remaja perempuan berkenaan tidak meyedari bahawa dirinya sedang hamil sehinggalah perutnya itu membesar serta mengalami kontraksi seperti hendak melahirkan anak.

Menurut laporan Daily Mail, remaja perempuan tersebut telah dirogol oleh seorang lelaki yang berkerja sebagai penjual gula-gula di tepi jalan di bandar Momostenango, Guatemala.

Ketiga-tiga bayi kembar tersebut hanya memiliki berat kira-kira satu kilogram setiap seorang ketika dilahirkan.

Walaubagaimanapun kedua bayi sulung remaja berkenaan telah pun meninggal dunia ketika dia telah dikejarkan ke bilik kecemasan bagi melahirkan anak-anaknya itu.

Remaja berkenaan juga dikatakan telah berjuang untuk menjaga satu-satunya bayinya yang masih terselamat walaupun dalam keadaan ekonominya yang tidak begitu baik.

Remaja berkenaan tinggal bersama ibu serta tujuh adik beradik lelakinya di sebuah rumah yang hanya diperbuat daripada papan.

Memandangkan keadaan ekonomi keluarganya yang sedikit susah remaja berkenaan tetap terus berjuang untuk menyelamatkan bayinya itu walaupun terpaksa berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan penjagaan intensif untuk bayinya.

Observatorium Kesihatan Seksual dan Reproduktif Guatemala (Osar) juga  masih menjalankan siasatan susulan berkenaan kes pemerkosaan remaja perempuan bawah umur tersebut.

Menurut Osar, kes remaja perempuan berkenaan hanya satu daripada 2,102 kehamilan yang membabitkan kanak-kanak perempuan berusia antara lingkungan 10 hingga 14 tahun antara bulan Januari sehingga Julai tahun ini di Guatemala.

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...