Skip to main content

Polis Tahan 2 Admin Group LGBT


JAKARTA: Polis Indonesia menangkap dua lelaki yang didakwa mengendalikan akaun Facebook untuk memudahkan pertemuan golongan gay dan perkhidmatan berkaitan seks lain, kata pegawai kanan Jawa Barat hari ini.

Mereka didakwa dengan melanggar undang-undang maklumat elektronik dengan mewujudkan dan memindahkan kandungan pornografi, jenayah yang membawa hukuman maksimum enam tahun dan denda maksimum satu bilion rupiah (RM274,000).

Homoseksual tidak dikawal undang-undang di Indonesia, kecuali di Aceh, tetapi negara itu menyaksikan peningkatan serbuan mensasarkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), memaksa ramai daripada mereka beroperasi secara sulit.

Timbalan pengarah direktorat jenayah khas polis Jawa Barat, Hari Brata, berkata suspek, yang dikenali dengan singkatan nama IS dan IH, ditahan Khamis lalu.

“Setakat ini, kami masih membina kes,” kata Brata, enggan mengulas lanjut.

Kedua-duanya ditahan kerana didakwa menguruskan akaun Facebook dinamakan ‘Gay Bandung Indonesia’ sejak 2015 dan kumpulan itu mempunyai 4,093 anggota, kata polis di akaun Instagram.

Aktivis hak gay berkata, permusuhan yang kerap ditunjukkan kepada komuniti LGBT akan menjejaskan usaha Indonesia menentang AIDS.

Indonesia merekodkan 46,357 jangkitan baru HIV pada 2017, dengan hampir satu perempat daripadanya dalam kalangan gay, menurut data kerajaan dan UNAIDS. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut