Skip to main content

Najib Akui Tidak Pasti Dari Mana Datang RM2.6 bilion Ke Dalam Akaunnya.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Bekas Perdana Menteri itu hanya mengagak sumbangan itu dari Arab Saudi selepas Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud memberi jaminan akan menyokongnya.

“Persoalannya ialah apabila saya menerima dana itu, adakah saya tahu dari mana sumber wang itu atau milik saya, yang pasti saya tiada akses untuk mendapatkan maklumat ini daripada bank.

“Ini kerana pemilik dana itu dilindungi oleh undang-undang kerahsiaan perbankan. Maka, apabila saya menerima dana, secara jujur saya beranggapan ia adalah sumbangan ikhlas dan pada saat itu, saya percaya ia daripada Arab Saudi berdasarkan perbualan dengan Raja Abdullah,” katanya dalam satu wawancara bersama Aljazeera 101 Timur, hari ini.

Pada September lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen membabitkan perjanjian pembiayaan kewangan daripada Raja Abdullah Abdulaziz bagi mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion dimilikinya adalah derma daripada keluarga Diraja Arab Saudi.

Menerusi akaun Facebooknya, Najib mendedahkan tiga dokumen daripada Almarhum Raja Abdullah, satu daripadanya tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Dua lagi dokumen adalah penyata transaksi kewangan yang diterima bertarikh 24 Februari 2011 dan 25 November tahun sama.

Najib turut menggesa pasukan penyiasat supaya menyiasat individu lain yang didakwanya turut terbabit dalam penyelewengan dana 1Malaysia Development Behad (1MDB) dan bukan hanya menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low.

“Baiklah.. mereka melakukan kerja mereka tetapi jangan siasat Jho Low saja. Dapatkan orang lain juga kerana ada tokoh antarabangsa lain yang mungkin terbabit. Mereka juga mesti disiasat.

“Kita hendak tahu ke mana wang itu mengalir dan yang mendapat manfaat daripada dana 1MDB. Saya juga ingin tahu,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...