Skip to main content

Mereka Bukan Pemandu Teksi, Mereka Diupah Pihak Tertentu Uuntuk Buat Kacau


Beberapa orang yang bertindak keluar dari dewan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama persatuan pemandu-pemandu teksi di Langkawi bukannya ahli Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa Malaysia).

Kejadian yang berlaku amatlah tidak diduga sama sekali dan ianya mungkin sabotaj dari pihak-pihak tertentu, kata Pengerusi Perjiwa Malaysia, Zailani Isaisuludin.

Menurutnya, permohonan ampun dan maaf telah dipanjangkan kepada Perdana Menteri dalam satu pertemuan selepas majlis perjumpaan tersebut berahkir.

Oleh begitu, dia berharap isu ini tidak akan diperbesar-besarkan.

"Berhubung kenyataan berkenaan 10 pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat dan buat bising serta keluar dewan semasa PM berucap berhubung isu e-hailing sehingga PM hampa, saya menyangkal bahawa 10 orang terbabit bukan ahli Perjiwa Malaysia. Saya pun tidak kenal mereka.

"Mungkin mereka diupah oleh pihak tertentu untuk membuat kacau pada majlis itu. Bukan ahli Perjiwa yang buat PM rasa kecil hati, itu bukan tindakan kita tetapi tindakan segelintir yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan keharmonian majlis hari ini," katanya kepada Astro AWANI hari ini.

Bagi Yang Dipertua Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang, Abdul Malik Darus, dia berharap semua pelaku terbabit tampil meminta maaf.

"Kami berharaplah pihak yang berkenaan membuat surat permohonan secara rasmi minta maaf kepada PM. Walaupun Perjiwa telah memohon maaf, lebih eloklah adat susila Melayu meminta mereka tampil meminta maaf," katanya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...