Video 'hantu' di sebuah sekolah di Langkawi tular..


Dalam klip video berdurasi 2 minit 23 saat itu, kedengaran suara perempuan sedang meraung dan menangis seolah-olah meminta pertolongan.

Dalam klip video berdurasi 2 minit 23 saat, kedengaran suara seorang perempuan sedang meraung dan menangis seolah-oleh meminta pertolongan.

KLIP video menayangkan suasana seram waktu malam dari sebuah sekolah di Kuah, Langkawi kini tular.

Dalam klip video berdurasi 2 minit 23 saat, kedengaran suara seorang perempuan sedang meraung dan menangis seolah-oleh meminta pertolongan.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi ketika dihubungi melalui telefon petang tadi, Superintenden Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihak polis telah pun dimaklumkan oleh pihak sekolah tersebut di mana kejadian tersebut berlaku dua hari lepas.

Menurutnya, pengawal sekolah telah dipanggil untuk ditemu bual pihak polis.

Hanya dua pengawal keselamatan sekolah dikenal pasti bertanggungjawab merakam video tersebut melalui telefon bimbit mereka.

Namun, menurut Iqbal sehingga kini tiada siasatan lanjutan dilakukan kerana menyifatkan perkara tersebut sebagai mistik. - Astro AWANI