Skip to main content

Utusan Dah Lama Mati Kalau Umno Tak Bantu


Utusan Malaysia telah dianggap mati dan tidak perlu di bunuh kerana akhbar terbabit sendiri yang tidak mengamalkan sikap ketamadunan journalisme dan hanya mengharapkan pendapatan bukan dari jualan akhbar itu sendiri tetapi sumbangan kewangan dari parti Umno dan kerajaan.

Pengedarannya tidak mungkin akan meningkat kerana masyarakat Malaysia Baru yang dilahirkan oleh rakyat adalah yang menentang rasuah serta penyelewengan manakala akhbar tersbeut dilihat amat jauh bezanya dengan apa yang masyarakat pada hari ini inginkan.

Malah akhbar tersbeut masih lagi terus menyokong serta mempertahankan pemimpin yang telah tersungkur selepas kehilangan kepercayaan daripada rakyat.

Akhbar tersebut juga dikatakan pasti telah lama mati jika Umno tidak membiayainya sejak sebelum PRU14 tempoh hari.

Pengedarannya semakin lama semakin menurun disebabkan dasarnya sendiri yang tidak seimbang dan akhbar tersebut seakan telah berubah jauh dari sebuah akhbar kepada lidah rasmi parti Umno tanpa berselindung, berdiplomasi serta peradaban sebagai akhbar rasmi harian nasional.

Ia telah menyeleweng terus daripada arahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman apabila mengambil alih Utusan Melayu daripada golongan nasionalis kiri pada 1961 supaya Utusan tetap memberikan tempat kepada berita-berita pembangkang di samping memberikan keutamaan kepada berita-berita Umno dan Perikatan (Gabungan parti-parti sebelum BN).

Apa yang jelas kelihatan dimata masyarakat ketika pilihan raya yang lalu adalah akhbar tersebut seakan telah membuang jauh sifat peradaban serta etika kewartawanan dengan hanya menyiarkan berita sebelah pihak, bias, tidak berlaku adil, rekaan dan ramalan mengikut sentimen parti.

Malah apa yang lebih teruk lagi adalah apabila akhbar tersebut tergamak memburukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ke taraf yang lebih hina sehingga menimbulkan rasa muak dikalangan pembaca akhbar itu sendiri.

Saya sendiri pun telah membaca akhbar tersebut sejak berpuluh tahun yang lalu dan tiada sehari pun saya tidak membacanya walaupun selepas saya bersara tetapi sejak dua tahun yang lalu saya telah berhenti membacanya.

Namun semenjak lepas PRU tempoh hari saya telah kembali membacanya tetapi berhenti semula apabila melihat akhbar tersebut masih lagi tidak melakukan perubahan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Sayang sekali keran Utusan tidak bijak mengambil peluang selepas pilihan raya tempoh hari untuk memulihkan kembali imejnya sebagai salah satu strategi politik jangka masa panjang untuk meningkatkan kembali pengedarannya ketika orang ramai telah kembali kepadanya untuk melihat perubahan dasar akhbar tersebut.

Para pengarang Utusan tersebut seakan tidak menghormati harapan pembacanya malah pembaca tradisi yang setia yang tidak lagi membaca akhbar tersebut juga dilihat telah kembali membaca akhbar tersebut selepas PRU14 telah kembali memulaukannya semula tanpa arahan sesiapa tetapi atas kesedaran hati naluri mereka sendiri yang melihat Utusan tetap sebagai lidah rasmi parti.

Orang yang tidak mengenal kebebasan sahaja yang cuba mempertahankan akhbar ini manakala sebaliknya melihat kebenaran hanya apabila ianya dilakukan oleh kerajaan daripada partinya.

Rakyat sendir dapat membuat perbezaan antara kerajaan Najib dengan kerajaan sekarang yang tidak pernah menyekat siaran berita daripada parti pembangkang oleh semua akhbar seperti kerajaan BN dahulu.

Kerajaan juga tidak pernah menghalang orang ramai untuk terus membeli mana-mana akhbar tetapi hany menyekat langganannya oleh jabatan kerajaan daripada wang kerajaan kerana jika terus melanggannya samalah seperti kerajaan melanggan Harakah atau Roket disebabkan Utusan sekarang dilihat setaraf dengan mereka sebagai lidah rasmi parti Umno dan kini turut menjadi lidah Pas juga.

Utusan yang biasa hidup dengan dibantu oleh parti kini dilihat cuba mengharapkan belas kasihan daripada tangan yang pernah mereka gigit dengan berselindung di sebalik kebebasan.

Mereka akan terus-terusan menyalah gunakan kuasa kerana mereka tidak pernah melihat kebenaran hakiki dan diabui kefanatikan jika kerajaan meneruskan bantuan kepada mereka malah mereka juga tidak akan tahu untuk cuba berdiri di atas kaki sendiri kerana sudah biasa dengan bantuan.

Utusan langsung tidak dapat menciumi Malaysia Baru kerajaan HARAPAN yang melampaui batas kaum yang jelas dapat dilihat kebijaksanaan, kualitinya dan imej barunya terutama dalam persidangan parlimen.

Utusan malah dilihat mula beralih kepada dasar baru untuk memulihkan kekuatan Umno dengan menunjukkan isu-isu perkauman dan keagamaan yang basi yang sudah tidak lagi dapat diterima oleh rakyat yang telah jauh ke hadapan daripada pemikiran para pengendali Utusan sendiri.
Tetapi mereka tidak sedar bahawa Generasi Melayu baru tidak lagi mudah dimainkan emosi mereka oleh isu-isu yang telah ketinggalan zaman sebaliknya mereka mempunyai keyakinan kerajaan baru HARAPAN akan dapat menanganinya dengan lebih halus dan lebih bijak.

Yang utama bagi mereka sekarang ialah perpaduan untuk memusnahkan musuh rakyat yang lebih besar yang datang daripada orang Melayu sendiri iaitu pencuri wang negara, perasuah, IMDB, penyeludup barang-barang kemas beratus juta ringgit dan sebagainya.

Ini lebih dasyat daripada komunis yang berjuang untuk kemerdekaan dibandingkan dengan mereka yang berjuang untuk kemewahan diri sendiri atas pemerasan wang negara dan di atas penghisapan darah rakyat.

Saya sendiri berkesempatan melihat bagaimana Utusan Melayu dikendalikan sejak diambil oleh Umno pada tahun 1961 dan ketika itu mereka dilihat mematuhi arahan Presiden Umno Tunku Abdul Rahman dalam arahan empat dasar Umno terhadap Utusan pada tahun 1959 supaya tidak dipulaukan terus berita-berita pembangkang.

Hal ini terus berlaku semasa saya, Johan Jaafar dan juga khalid Mohd menjadi ketua pengarang. Maka itu Utusan tetap dirindui walaupun dibenci.

Ini dapat dilihat amat berbeza ketika dalam masa Najib, berita-berita pembangkang dibenamkan terus dan pembaca hanya dapat membaca jawapan kerajaan atau Umno tanpa mengetahui berita yang dijawab oleh mereka.

Saya pernah dipanggil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ekoran bantahan menteri-menteri besar kerana Utusan menyiarkan interviuw khas dengan menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz berikutan kejayaan PAS bagi pertama kali menawan Kelantan.

Saya sendiri pernah bertanyakan kepada Dr Mahathir adakah beliau hanya mahu menjual Utusan kepada orang Umno sahaja dan ketika itu Dr Mahathir boleh memahaminya.

Berbeza dengan ketika era Najib, Utusan bukan sahaja tidak dibaca oleh pembangkang tetapi oleh orang-orang Umno sendiri kerana mereka tidak mendapat maklumat yang mereka perlukan daripada Utusan tetapi terpaksa mencari dari media sosial atau dari Sinar Harian.

TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN merupakan bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Tulisan ini asalnya terbit di blog beliau dan artikel ini pandangan peribadi penulis itu sendiri.- Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...