Skip to main content

Penjara Sungai Buloh Tempat Paling Buruk Di Dunia - Jamal


Pemimpin kontroversi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menuntut "reformasi penjara" selepas dia dipenjarakan 27 hari termasuklah kebenaran membenarkan tahanan menghisap rokok.

Oleh disebabkan larangan tersebut boleh menyebabkan tahanan terpaksa mencari alternatif lain yang dikhuatiri boleh membahayakan diri mereka sendiri seperti menelan pemetik api dan beg plastik yang berisi tembakau.

Menelan beg plastik sahaja pun boleh menyebabkan kematian jika beg plastik berkenaan pecah di dalam perut mereka, kata Jamal yang telah ditangkap di Indonesia sebelum ini selepas melarikan diri ketika berada di dalam tahanan pihak polis.

Malah, Jamal juga turut mencadangkan supaya tahanan dibenarkan merokok walau sehari sekali mahupun ketika menerima lawatan.

“Objektifnya adalah untuk mengurangkan (penyeludupan),” katanya yang menjangkakan kemungkinan dikritik orang ramai kerana menyuarakan perkara itu.

Bukan itu sahaja malah Jamal turut menggambarkan bahawa pengalamannya ditempatkan di 'Tawakal' yang merupakan blok terbaik di Penjara Sungai Buloh juga adalah merupakan tempat yang paling buruk di dunia.

Jamal telah menggambarkan perasaannya masuk ke penjara umpama seperti dia telah masuk ke dalam kubur dengan pengalamannya yang teruk di situ.

Jamal telah ditangkap atas beberapa pertuduhan susulan selepas kekalahan BN yang gagal mempertahankan penguasaan sejak 61 tahun lagi.

Jamal dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia selepas dia berhadapan beberapa pertuduhan yang melibatkan dirinya namun begitu Jamal telah berjaya diberkas di Jakarta dan telah dihantar pulang bagi berdepan beberapa pertuduhan yang telah dikemukakan ke atasnya.

Pada 10 Ogos ini pun beliau dijadualkan perlu hadir ke mahkamah bagi prosiding kes pencerobohan yang telah dilakukan olehnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...