Skip to main content

Peguam Najib Bantah Kehadiran Empat Hakim Yang Dibuat Oleh Yang di-Pertuan Agong Atas Cadangan Tun Mahathir.


Peguam Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Hafarizam Harun hari ini telah membantah kehadiran empat hakim yang akan membicarakan kes saman pejabat awam yang telah difailkan terhadap Najib.

Kehadiran empat hakim tersebut ketika pemohonan semakan kehakiman misfeasans Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes terbabit telah dibantah oleh peguam Najib.

Hafarizam dikatakan telah membuat bantahan terhadap tujuh panel hakim yang diterajui oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Ahmad Ma'arop, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim serta Hakim Besar Sabah Dan Sarawak, Datuk David Wong Dak Wah adalah antara hakim yang telah disenaraikan bantahan oleh Hafarizam.

Pelantikan ke empat hakim berkenaan termasuk Malanjum telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi telah dibantah oleh Hafarizam dengan alasan bahawa perlantikan tersebut adalah atas dasar cadangan daripada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Hanya kerana disebabkan alasan tersebut, Hafarizam memohon supaya kesemua mereka untuk mengundurkan diri.

Namun begitu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mahathir telah memohon penangguhan bagi membolehkan pendengaran semula melibatkan isu yang sama berhubung definisi pegawai awam dapat diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Haniff memberitahu bahawa pendengaran tersebut adalah berkait permohonan kebenaran merayu oleh Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang di buat ke atas Najib berhubung isu dakwaan salah laku dalam penjawat awam yang akan diperdengarkan pada 5 November akan datang.

Ketua Hakim Negara kemudiannya telah menangguhkan permohonan semakan dan menetapkannya didengar semula selepas permohonan Tony Pua diputuskan.

Anggota panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua hakim Negara ketika itu, Tun Md Raus Sharif dikatakan telah menolak permohanan kebenaran rayuan saman misfeasans Dr Mahathir dan Khairuddin pada 27 Febuari yang lalu.

Ianya telah dibuat selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib bukanlah pegawai awam pada 28 April 2016.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi menolak kes saman tersebut pada 30 Ogos tahun lepas.

Keputusan Mahkamah Tinggi yang bersetuju bahawa Najib tidak boleh di anggap sebagai penjawat awam dan saman RM2.642 billion tersebut dianggap tidak mempunyai merit oleh tiga panel anggota Mahkamah Rayuan.

"Kami bersetuju dengan keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) bahawa tiada merit dalam rayuan itu dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu," kata Hakim Tan Sri Idrus Harun yang mengetuai panel berkenaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan saman misfeasans oleh Dr Mahathir pada April tahun lepas.

Najib yang ketika itu sebagai Perdana Menteri telah diputuskan bukanlah merupakan seorang penjawat awam oleh Hakim Abu Bakar Jais.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Abu Bakar berdasarkan Akta Interpretasi di mana Perdana Menteri, menteri-menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha politik bukanlah dianggap sebagai penjawat awam tetapi sebagai anggota pentadbiran. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...