Skip to main content

Larang Media Ulas Kes, Mahkamah Tolak Permohonan Najib


Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam daripada membincangkan merit kesnya ditolak Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menurut laporan Malaysiakini, Hakim Nazlan berkata undang-undang menghina mahkamah dan memfitnah boleh digunakan.

"Permohonan ditolak dan melanggar kebebasan bersuara. Justeru, permohonan itu ditolak, katanya.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Sebelum ini Najib hadir Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekali lagi hari ini bagi pendengaran permohonan perintah larangan mengulas (gag order) terhadap tujuh pertuduhan terhadapnya, ditukar daripada sementara menjadi kekal.

Larangan itu dikenakan terhadap media dan orang awam untuk membincangkan kes melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas subsidiari 1MDB.

Semua dakwaan berkait RM42 juta yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadinya daripada SRC International. Wang itu sebahagian daripada RM4 bilion pelaburan Kumpulan Wang Persaraan dalam 1MDB.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memulakan penghujahannya sementara pendakwa diwakili Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup dan Datuk Mohd Hanafiah Zakaria.

Najib adalah ahli politik paling kanan di negara ini yang didakwa bawah tuduhan jenayah.

Beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga untuk salah guna kuasa dan satu pertuduhan pengubahan wang haram. Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...