Skip to main content

Wanita Tinggalkan Bayi Yang Baru Dilahirkan Dalam Tandas Kapal Terbang


India - Satu mayat bayi telah ditemui di dalam tandas sebuah pesawat kapal terbang Air Asia yang dipercayai dengan sengaja ditinggalkan sebelum kapal terbang tersebut mendarat.

Kapal terbang Air Asia India tersebut yang bakal mendarat di India telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi di dalam tandas kapal terbang terbabit oleh kakitangan kapal terbang terbabit.

Mayat bayi tersebut telah ditemui pada hari Rabu yang lepas ketika kapal terbang berkenaan dalam penerbangan ke New Delhi.

Pihak polis mengesyaki bahawa bayi tersebut adalah merupakan bayi yang telah dilahirkan oleh seorang penumpang kapal terbang dan pemeriksaan perubatan yang dijalankan di lapangan terbang New Delhi mengesahkan bahawa dakwaan tersebut.

Setiap penumpang wanita di dalam kapal terbang terbabit telah diperiksa bagi mengetahui siapakah orang yang telah melahirkan bayi tersebut di dalam tandas kapal terbang terbabit.

Pihak polis kemudiannya telah berjaya menemui seorang wanita yang disyaki selepas pemeriksaan dilakukan ke atasnya dan soal siasat akan dilakukan ke atasnya bagi mengetahui punca dia melakukan perbuatan tersebut.


Kapal terbang tersebut terbang dari bandar Guwahati Timur menuju ke New Delhi bagaimanapun enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut dengan lebih terperinci.

Menurut kakitangan yang berada di atas kapal terbang tersebut, mereka telah menemui bayi tersebut dalam keadaan sudah tidak bermaya ketika kapal terbang berkenaan sedang bersedia untuk mendarat.

Menurut syarikat penerbangan tersebut memberitahu bahawa suspek telah pun ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut selepas pemeriksaan keatas semua penumpang wanita dilakukan.

Seperti yang diketahui, AirAsia India merupakan sebuah penerbangan tambang rendah yang merupakan usaha sama antara AirAsia Berhad dan Konglomerat India Tata Sons Malaysia.

Syarikat penerbangan terbabit juga telah memaklumkan pihak berkuasa penerbangan negara, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam mengenai kejadian ini malah mereka turut memberitahu bahawa pihaknya akan memberikan kerjasama dalam membantu siasatan dengan semua agensi yang terlibat.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...