Video Detik-Detik Tong Gas Meletup Dalam Rumah.


China - Empat sekeluarga telah mengalami kecederaan selepas tong gas di rumah mereka mengalami kebocoran sehingga menyebabkan berlakunya letupan besar sehingga menghancurkan sebahagian rumah mereka.

Sebuah rakaman video dari CCTV telah menunjukkan letupan besar yang berlaku akibat daripada kebocoran gas di rumahnya sehingga menghancurkan tingkap rumah mereka yang berada di tingkat kedua sehingga serpihan kaca tingkap berkenaan bertaburan ke jalan raya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Selasa di Timur China telah mengakibatkan sepasang suami isteri berserta dua anak perempuan mereka mengalami kecederaan akibat letupan berkenaan dan emreka sedang menjalani rawatan di hospital.

Menurut laporan, letupan berkenaan adalah disebabkan oleh kebocoran gas dirumah mereka sehingga menyebabkan tingkap rumah mereka meletup selain dinding dan beberapa perabut dari rumah mereka.

Letupan terbabit juga turut mengakibatkan kerosakkan yang meluas terhadap persekitaran walaupun tiada sebarang kebakaran dilaporkan.

Disebabkan letupan tersebut juga telah menyebabkan tingkap serta pintu rumah penduduk diseberang jalan kediaman rumah mangsa mengalami kerosakan akibat daripada kesan gelombang letupan berkenaan.

Lima jentera bomba beserta dengan 30 orang anggota bomba telah dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku di Daerah Xiuzhou selepas CCTV pada jam 6.28 pagi tersebut menunjukkan letupan berkenaan.

Menurut laporan empat sekeluarga berkenaan yang berasal dari wilayah Hubei sedang menerima rawatan di Hospital Jiaxing Perubatan Tradisional Cina.

Walaubagaimanapun masih tidak diketahui dengan jelas sama ada silinder gas berkenaan sedang digunakan mahupun tidak ketika kejadian tersebut berlaku masih di dalam siasatan.

Malah jabatan bomba juga telah memberikan amaran kepada orang ramai supaya sentiasa memeriksa tangki gas mereka serta menggantikan injap dan paip yang rosak dengan segera.

Jika berlaku sebarang kebocoran gas, pengguna dinasihatkan agar membuka semua tingkap serta pintu rumah bagi memastikan sitem pengudaraan berjalan lancar dan penduduk dikawasan berkenaan perlu dipndahkan dengan segera dan perkhidmatan kecemasan perlu dimaklumkan supaya tidak berlaku sebarang kemalangan yang tidak di ingini.